E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Wednesday, February 10, 2010

What I cook last Saturday

Seperti dijanjikan, saya nak share apa yang saya masak last Saturday. Hajat hati nak buat rajin untuk Sunday also, tapi as I said before, kami ni sibuk sangat. Jarang duduk di rumah. So, ahad sehari suntuk tak lekat di rumah dan tak dapat memasak.

Actually, malam hari Jumaat tu saya dah over excited nak cuba resepi roti Coffee Bun yang pakai water roux starter tu. So, petang Jumaat tu saya dah beli semua bahan2nya. Balik je dari kerja, lepas mandi2, saya terus mulakan operasi menimbang bahan2 then terus buat roti. Around 11.00 mlm baru roti siap masak...dan hasilnya...wowww!!!! I'm very impressed. Bila dah pagi, saya terus cek balik roti tu dan ia still gebu-gebu gitu. Dan yang bestnye, hubby pun suke sangat. Sekali makan, dia puji sedap, sekali makan puji lagi....sampailah roti tu habis dalam perut dia. Tak sempat nak buat eksperimen nak tengok kegebuannya sampai 2 hari sebab pagi tu jugak roti tu dah habis.

Kat bawah ni gambar water roux starter yang saya buat.





Cara buat dia mudah aje. Dan mcm biasalah....saya copy and paste je resepi ni dari rumah blogger yang lain. Ni resepi yang Noreen bagi. Thanks Noreen sbb share resepi yang bagus.

Bahan-bahan

50gm tepung gandum
250ml air

cara:
•satukan semua bahan di dalam mangkuk tahan panas
•masak di atas api sederhana panas selama 2-3 min sehingga timbul buih2 kecil dan tidak berbentil2 (masak seperti masak kanji)
•selepas itu pastikan adunan dikacau sentiasa sehingga buih2 tu hilang
•padamkan api dan tuangkan adunan ke dalam mangkuk
•tutupkan dengan cling film dan pastikan ianya cecah ke atas permukaan adunan supaya mengelakkan adunan cepat kering (lihat gambar)
•setelah sejuk bolehlah disimpan di dalam fridge dan tahan selama 3 hari
•apabila hendak menggunakannya keluarkan dari fridge dan biarkan pada suhu bilik

note: Water Roux Starter is something used in bread making to make bread/buns springy. The springiness is fairly noticeable when you have let the bread/buns cool. By using this starter it will make bread stays fresh and soft without using bread improver


Resepi Coffee Bun

190gm tepung roti
50gm gula pasir
1/2 camt garam
2 camt yis
1/2 camt bread improver
1 biji kuning telur
50gm susu segar
60gm water roux starter
30gm mentega
12gm instant coffee - dibancuhkan dengan sedikit air ataupun digantikan dengan 1 camt coffee emulco atau boleh gunakan capuccino paste ikut selera masing2

sedikit olive oil/butter

cara:
•masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
•tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM
•keluarkan doh dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung.
. (Saya pakai mixer biasa. Butter/majerin saya masukkan last sekali lepas doh mula terbentuk)
•tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
•kemudian bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan rehatkan selama 10 min
•selepas itu potongkan doh tadi dengan setiap satu seberat 35gm dan bentukkan menjadi bulat yang kecil
•susunkan doh2 kecil tadi ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
•biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
•pada yang berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi di dalam oven dan letakkan dua cawan air panas
•proses ini penting untuk penaikan doh yang cepat
•selepas itu bakar pada suhu 180C selama 20-25 min atau sehingga masak dan keperangan
•keluarkan loyang dari oven dan sapukan dengan sedikit olive oil ke atas permukaan roti tadi supaya ianya sentiasa kekal lembut. (Olive oil saya tukarkan kepada butter je)

Kat bawah ni saya tempekkan gambar roti yang saya buat.


Ni gambar lepas semua adunan siap. So...biarkan dia mengembang dulu (dalam 45minit -1 jam)


Haa....tengok macam mana dia punya kembang.


Dah pun masak...




Tengok gambar dalam roti ni. Bersarang2 jek...dan gebu...

Okey, cukuplah gambar2 ni. Malas dah nak menunggu untuk download gambar2 lagi. Line internet ni mcm siputtt....betul2 menguji kesabaran. Nanti lain kali kalau ada masa saya taruk gambar bihun Singapore dan Pizza yang saya buat. Okey, have fun dan selamat mencuba. Lain kali kita sharing2 resepi lagi okey.

Hmm...malam ni rasa2 mcm nak buat roti arab. Resepi dah ada ni. Kalau jadik buat, nanti saya share info ye.

2 comments:

shakey said...

rajinnye kak ida..kagumnye..sibuk2 keje pun sempat lagi tu...

Rest In said...

Ima....saje je memaksa diri. Abang nuar dah bising, lama dah kak ida tak masak.