E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Wednesday, December 29, 2010

Sponge Cake dan Buttercream Icing

Kek ni saya buat hari minggu yang lepas. Saya jarang buat kek span sbb as I said b4, saya kurang yakin dengan bancuhan kek yang menggunakan telur putih. Saya dah banyak cuba tapi selalunya kek tak akan naik dgn cantik dan pasti masak dgn tak sempurna. So belek punya belek dan tengok bbrp gambar kek yang dibuat oleh blogger lain nampak cantik, saya decide untuk cuba buat kek span. Actually kek span adalah kek yang paling baik untuk dipadankan dengan buttercream icing. Ini adalah kerana kek span menggunakan kurang mentega or maybe tak langsung. Kek span hanya gabungan telur, gula, tepung (mcm buat kuih bahulu). Jadi jika dipadankan dgn buttercream icing, tak lah byk sgt lemak yang masuk dlm badan kita kan. Selain itu ia tak memuakkan.

Faktor yang membuatkan kek span naik dgn cantik dan gebu ialah teknik memukul telur sehingga ia benar-benar kembang dan gebu (mcm buat bahulu jugak). Berbeza dgn butter cake, telur tak perlu dipukul hingga begitu kembang. Cukup sehingga ia sebati dengan bahan2 lain.

So, hasil kek yang saya buat adalah mcm gambar kat bawah ni:



huhuh...suke sbb kali ni kek masak dgn cantik. Tapi tekstur kek sgt kering. Mungkin saya terlebih bakar kot.




Yang ni dah letak icing. Hiasan simple2 jek sbb nak makan sendiri.



Saya lapiskan kek dengan icing dan strawberry filling. Sedap sgt sbb rasa masam2 strawberry melengkapkan rasa kek ni.

Ok, resepi yang saya buat seperti kat bawah ye:

Kek Span (hanis@myresipi.com)
Bahan-bahan ( saiz 18 cm)
3 biji telur (I used grade A)
1 cawan tepung gandum (100g)
1 cawan gula (110g) - kalau nak kurang manis kurangkan gula
2 sudu kecil susu segar
15g butter - panaskan susu dan cairkan butter di dalamnya
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil strawberi paste

Cara:
1. Panaskan oven ke suhu 180 darjah.
2. Asingkan telur putih dan kuning. Pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan.
3. Dalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi sehingga kembang dan bertanduk (I added 1/4tsp of cream of tartar).
4. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata. (in this case I diverted and folded in half the flour into the beaten egg whites.)
5. Masukkan kuning telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan. (I folded in the other half of flour into the yolks. Batter should be very thick. Then I folded in the egg whites+flour into the yolk batter, a little at a time. Batter should then slowly be thinner as you incorporate the egg whites, a little at a time).
6. Masukkan campuran susu dan butter dan sedikit esen vanila dan strawberi paste (I poured it on the sides of the bowl, to avoid cake from being too much defalted during/after baking). Kaup balik hingga sebati.
7. Masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25-30 minit.
8. Hias ikut suka (I cut it into three, layered it with icing and strawberries filling).


Ok, selamat mencuba!!!

No comments: