E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Monday, July 11, 2011

Spaghetti



Salam semua, gambar di atas ni adalah projek last minute malam tadi. Sebenarnya memang malas nak masak dah sebab saya dah makan kat rumah mak mertua lepas balik kerja tadi. Tapi tiba-tiba si bujang tu merengek sebab lapar. Fikiran pun mulalah mencari2 idea apa yang nak dimasak malam2 ni....so, dengan malas bergerak jugak ke dapur. Tengok2 ada pasta mentah yang masih berbaki dari masakan yang lepas. Ada puri tomato. Masih ada lagi daging ayam kisar yang belum digunakan. Dan stok herba oregano serta daun parsly memang sedia ada di dapur. Apa lagi....saya mulalah keluarkan bahan2 dan dalam masa tak sampai 20 minit, spaghetti saya siap. Sedap dan mudah...dan yang penting mengenyangkan.

Bahan2 yang saya gunakan:

1. Pasta kering -rebus dengan sedikit garam

Kuah:

1. Puri tomato dalam tin atau kalau nak senang beli sahaja sos spaghetti yang siap dijual. Ada pelbagai jenama seperti Heinz, Maggi, Prego dan Kimball
2. Oregano
3. Daun Parsley kering
4. Bawang putih - cincang halus
5. Bawang merah - potong dadu
6. Daging ayam kisar Ramly/Azmy
7. Parutan keju (optional)

Cara masak:

Mula2 rebus dulu pasta.

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sampai layu dan naik bau.
2. Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam betul2 masak.
3. Masukkan tomato puree, tambahkan air.
4. masukkan garam, gula, oregano dan daun parsley. Kacau sebati. Puan2 kenalah sentiasa rasa masakan untuk seimbangkan rasa garam dan gula. Jika suka boleh letakkan sedikit bahan perasa.
5. Okey...dah siap. Bila nak hidangkan, boleh taburkan hirisan keju jika suka ye.

Sunday, July 10, 2011

Chicken Lasagna

Assalamualaikum semua,

Hari ni hari Isnin...kebetulan ada masa ni saya nak tulis pasal aktiviti memasak semalam. Sebenarnya lately memang jarang saya dapat peluang masak2 kat rumah. Bila hari minggu je mcm2 plan yang timbul, asyik tak lekat kat rumah...mana taknya, hari biasa kami dua2 bekerja jadi bila tiba hari sabtu dan ahad seboleh-bolehnya semua urusan nak diselesaikan. Okeylah, berbalik pada aktiviti memasak tu...sebenarnya dah lama anak bujang saya minta masakkan lasagna. Saya pulak asyik terlupa je. Malam sabtu tu dah terlanjur ke TESCO, dan disebabkan sepanjang perjalanan anak saya dok ingatkan untuk buat lasagna, saya pun belilah barang2 yang diperlukan (sebelum tu dah intai2 blog kawan2 lain untuk dapatkan resepi).

So,pagi ahad saya mulalah projek buat lasagna. Actually senang je buatnya. Kuah/inti lasagna ni lebih kurang sama macam kuah spaghetti yang saya selalu buat tu, cuma kali ni inti tu kita masak sehingga agak kering. Selain tu, kita kena beli kulit lasagna yang memang banyak dijual di pasaraya. Ada yang instant dan ada pulak jenis yang perlu direbus dahulu sebelum digunakan. Selain dari inti ayam tu, ada satu lagi sos yang kena dimasak..orang panggil sos putih. Sos ni pun senang jugak nak buat. Okey, kat bawah ni saya kongsikan resepi untuk buat lasagna ni. Antara rumah2 yang saya intai untuk cari resepi adalah:

http://lizahanum.blogspot.com/2011/02/chicken-lasagna-keledek-rebus.html
atau boleh juga pergi ke www.kongsiresepi.com

Resepi saya pulak:

Kulit lasagna boleh dibeli di pasaraya. Ia berbentuk kepingan nipis. Jika beli yang instant, anda boleh terus gunakan tanpa boil dahulu. Tapi jika beli yang biasa, pastikan anda boil dalam air panas ye.


Untuk inti ayam:

a. 1 bungkus daging ayam kisar Ramly
b. 1 tin sos spaghetti kimball
c. carrot (potong halus)
d. Bawang putih (cincang halus)
e. Bawang besar (potong kecil2/kiub)
f. Garam, gula, oregano (kalau ada)

Cara masak:

Tumis bawang putih dan bawang sampai naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan daging ayam kisar. Kacau sehingga daging masak. Kemudian masukkan sos kimball. Kacau lagi, masukkan carrot dan rasa lah garam dan gula mengikut kesesuaian. Masak inti sehingga agak kering.

Sos putih:

Mentega/majerin untuk menumis
Susu segar (2 kotak kecil)
Tepung gandum (dalam 3 @ 4 sudu besar)
Garam/gula/oregano
Cheese - terpulang samaada mozarella atau cheddar

Cara memasak:

1. Panaskan majerin/mentega.
2. Kemudian masukkan tepung, kacau sehingga sebati. Api perlu perlahan.
3. Kemudian masukkan susu dan kacau lagi.
4. Tutup api dan rasakan garam dan gula.

*ada sesetengah resepi yang masukkan cheese bila dah tutup api...terpulang pada puan2 ye. Kalau nak masukkan cheese, kurangkan lah garam sbb cheese dah masin. Bila tutup api.masukkan cheese dan kacau sehingga cheese cair.

Cara buat lasagna:

1. lanserkan majerin di sekeliling bekas yang anda akan gunakan untuk masak lasagna
2. di bahagian bawah sekali, taburkan inti ayam kemudian lapiskan dengan sos putih. Selepas itu letakkan kepingan lasagna di atas sos putih. Jika puan2 nak tabur cheese boleh juga sebelum tutup dengankulit lasagna tu ye. Sebenarnya cara nak lapiskan ni terpulang pada puan2. Itulah untungnya kalau masak sendiri. Kita boleh masukkan macam2 bahan yang kita nak. Kalau puan2 suka cheese banyak, taburkan je lah banyak2 atas inti tu. Kalau sebaliknya, kurangkan saja lah ye.
3. So...ulangi proses tu sampai inti ayam dan sos habis. Di bahagian atas sekali, selepas tutup dengan kulit lasagna terakhir, puan2 taburlah dengan keju mozarella sehingga menutupi semua bahagian kulit lasagna tersebut.
4. Okey...dah siap. Sekarang kita boleh bakar dalam suhu lebih kurang 180*C. Saya bakar pakai api bawah saje sbb nak elakkan keju tu terbakar cepat sangat.
5. Bila dah masak.....yummmm!!! sedap sungguh. Anak saya memang over excited sangat sbb akhirnya mama dah tunaikan permintaan dia...okey, kita layan gambar kat bawah ye.






Sunday, July 3, 2011

KEK CHOCOLATE MOIST

Salam hari Isnin buat semua....

Just nak story mori pasal aktiviti hari minggu. Actually jadual agak padat dengan aktiviti tutup kedai dan buat kek. Entah mimpi apa pulak...tiba2 mcm rasa rajin sangat nak cuba pelbagai resepi yang dipaparkan di web www.kongsiresepi.com.

Tapi sebelum tu nak cerita jugakla. Actually saya ni first time menjejakkan kaki ke IKEA di Petaling Jaya tu. Sebelum ni just dengar cerita2 adik2 yang dah pergi kat sana. Hajat hati just nak jalan2 window shopping sebab tak ada hajat pun nak beli. ye lah...kalau nak beli pun buang duit je sebab nak ngantor ke Ipoh bukannya dekat kan. Baikle teman beli kat kedai perabot dekat2 rumah je kan. Jalan, dan jalan, dan jalan....berkenan la pulak dengan dua barang ni. Teman tempek gambor dia kat bawah ye.





haa....ni lah bendanya. Betul2 berkaitan dengan hobi teman iaitu buat kek. Cantik di pandangan teman dan teman pun beli. Memang amat berguna sekali and I very3 the suka...

Okeylah kan....perkakas nak buat kek pun dah lengkap.... kenalah cari resepi pulak kan. Setelah beberapa lama membelek dan mengkaji respi2 kek coklat yang dipaparkan kat web tersebut, saya pun membuat keputusan untuk membuat kek coklat ditambah pula semua barang2 memang tersedia ada di rumah. So....proses bermula. Saya buat 2 kek coklat dari resepi yang berbeza iaitu eggless chocolate cake dan kek coklat kukus. Tak sabar nak makan dan buat perbandingan... dan seperti biasalah kan, cut n paste resepi2 ni dari blog yang lain. saya ni ingat2 lupa...tapi resepi eggless chocolate moist cake tu saya ambik kat http://myroseskitchen.blogspot.com. Mintak halalkan ye. Dan resepi kek coklat kukus tu pulak di http://www.myresepi.com.

ok, jom kita layan gambar2 kat bawah ye.



gambar yang atas ni eggless chocolate cake. Disebabkan untuk makan sendiri je, hiasannya mmg ala kadar je la kan



yang ni kek coklat kukus. I like the tekstur selepas siap dimasak...cantik je



dah siap dibubuh topping....memang yummy. Pilihan pertama saya....of course kek coklat kukus!!!!

Wednesday, June 15, 2011

Corat coret

lamanya tak buat posting kat sini. BZ benor teman ni ye...terima kasihlah pada kawan2yang sudi follow blog saya ni...I follow..
terkezut jugak bila menjenguk blog sendiri, tiba2 nampak ramai yang dah follow....tq again ye.
Teman menyepi bukannye pasal merajuk, tapi psl kerja kat ofis ni, kebelakangan ni amat meletihkan. Bila balik rumah, rasa mcm dah tak nampak apa2 selain tilam dan bantal. mmg dah tak larat nak online pun. Nak memasak pun mcm dah tak lalu...tapi tak pe le, sekadar nak menceriakan semula teman punya rumah ni, teman letak le beberapa gambar masakan yang teman dah buat



Happy Birthday untuk anak saya..dah 11 tahun dah. sekejap je masa berlalu


kek yang dibuat serba express...yg penting ingatan tulus ikhlas dari mama




ini just a simple gift untuk anak jiran yang bertunang


yg di tempahan dari mastura..untuk cenderhati masa mesyuarat puteri umno di sg. siput.