Assalamualaikum
wbt......
Salam mesra untuk
semua pembaca blog Aini Marisha.
Actually, saya ada
jugalah menerima pm dari beberapa rakan atau adik2 yang bertanyakan
bagaimanakah ingin menjadi seorang penulis. Ehemm.....malu lah pulak nak
bercerita pasal benda ni kan sebab saya bukanlah seorang penulis yang hebat pun
berbanding penulis Alaf 21 lain yang lain yang lebih hebat. Huhuhuh...tension
jugak kan sebab target nak hasilkan novel setahun sekali macam sukar je untuk
direalisasikan. Almaklumlah...saya banyak komitmen lain dan yang paling utama
kerja2 di pejabat dan juga tugas2 suri rumahtangga apabila pulang ke rumah.
Menulis ni terpaksa saya letakkan di nombor tiga. Nak buat macam mana......saya
manusia biasa yang tak mampu nak pulun semua benda. Apa-apapun saya akan cuba
yang terbaik.
Okey, berbalik
pada soalan di atas kan. Kat sini saya cuma kongsikan pengalaman saya je lah
ya, macam mana saya boleh menjadi seorang penulis. Rata-rata.....saya pasti la
hampir setengah daripada penulis akan kata mereka kuat berangan.
Hehehee....mula-mula berangan macam mana lah aku ni nak jadi kaya. Nak dapat
duit dengan cara yang senang, tak payah guna sangat tulang empat kerat ni kan.
Hahaaa......tak de lah kot macam tu. Pandai-pandai jelah Aini Marisha ni kan.
Tapi bab berangan
tu memang saya akui. Saya dulu kuat berangan. Saya ingat lagi, sebelum tidur
saya akan create cerita-cerita especially kisah pasal remaja-remaja apabila
masuk ke universiti nanti. Tapi masa tu berangan je lah kan sebab mana ada duit
nak beli mesin taip pun masa tu. Tapi one thing yang saya masih ingat lagi
sampai sekarang adalah kisah masa saya kat sekolah menengah. Masa tu saya di
tingkatan 5 lah kalau tak silap. Cikgu Alias (cikgu BM masa tu) suruh kami buat
karangan tajuk "Kisah yang paling saya tak boleh lupa". Kira-kira
macam tu lah tajuknya. Saya telah tulis kisah berkenaan saya jatuh tangga masa
kat supermarket sebab masa tu tiba-tiba je blackout. bila lampu dah ada balik,
sedar-sedar kat depan saya ada beberapa orang lelaki dan saya dah terjelepuk
atas lantai....hehehehe. Lebih kurang begitulah kisah dia.
Lepas tu Cikgu
Alias ni panggil saya ke bilik guru. Dia puji karangan saya dan dia kata saya
ada bakat jadi penulis sebab cerita yang saya tulis sangat2 menarik (kata dia
lah kan). So dia kata kalau saya memang minat menulis, dia sanggup ajar saya
lebih lanjut. Adooiiii mak...bangganya kan.
Tapi......benda tu
berlalu macam tu je. Saya tak kembangkan pun minat saya tu dan benda tu
sepi sampai lah saya masuk Universiti.....and then kerja....and then
kahwin...and then jadi ibu. Saya tak boleh nak refresh bila pertama kali saya
mula menaip tapi rasanya sekitar tahun 2001. Sedikit sedikit lama-lama tanpa
saya sedar saya dah buat 3 manuskrip yang saya taip suka-suka kemudian simpan
je dalam komputer untuk bacaan sendiri. Hinggalah pada satu hari saya terdetik
untuk cuba nasib menghantar manuskrip saya ke syarikat penerbitan.
Dulu-dulu, masa
tahun 2001, 2002 internet ni tak berapa luas penggunaannya. Kat ofis pun line
lembap sesangat macam siput b***. So apa yang saya lakukan. Saya beli novel2
yang telah diterbitkan oleh beberapa syarikat penerbitan untuk dapatkan alamat
diorang. Saya pun print manuskrip saya dan hantar pada setiap syarikat ni.
Cuba-cuba nasib kan. Mana tahu untung sabut, timbullah kan. Tapi saya tak
hantar keseluruhan manuskrip ya, saya hantar dalam 10 mukasurat yang pertama
je. The truth is...saya memang ada hantar kat pihak alaf 21 masa awal2 dulu
tapi tak de jawapan. Senyap sampai sudah. Tapi saya berjaya di syarikat
penerbitan yang lain. 3 buah novel pertama saya diterbitkan oleh syarikat lain.
Nama novel2 saya tu ialah Saat Mencintaimu, Indahnya Kemaafan dan Pencarian
Adleena. Nama pena saya dulu pun lain untuk ketiga2 novel ni. Nama sekarang ni
nama komersial yang diberi oleh Alaf 21...sweet kan.
Tapi
Alhamdulillah...akhirnya Alaf 21 menerima manuskrip saya yang keempat iaitu
Sandaran Hati. Dan seterusnya Usah Menangis Sayang. Dan sejak itulah saya
bersama Alaf hingga sekarang.
Berkenaan dengan
cara menulis:
1. Minat menulis
mesti ada + rajin. Kalau minat ada tapi malas......faham2 je lah kan.
2. Niat
menulis.......penting ni ya. Dalam Islam, niat ni lah pembuka segala perkara.
Nak tahu baik atau buruknya sesuatu perbuatan tu bergantung pada niat kan.
Penulis ni sebenarnya macam cikgu jugak. Cuma kami hanya mengajar dengan pena
sahaja tak seperti cikgu2 sekolah lain yang berhadapan dengan anak2 murid. Jadi
adalah penting penulis meniatkan untuk menjadikan medan penulisan ini sebagai
satu dakwah untuk mereka menyampaikan kebaikan kepada pembaca. Tulislah
cerita-cerita yang baik, selitkan unsur-unsur nasihat dan kisah2 yang boleh
menyentuh jiwa pembaca. Allahuakbar...jika ditakdirkan pembaca tersentuh dengan
cerita kita dan tiba2 berubah menjadi yang lebih baik, MasyaALLAH.....pasti
kita juga akan mendapat pahalanya kan. Jadi...janganlah menulis hanya kerana
nak kaya, nak glamour. Niatlah untuk mendapat keredhaan ALLAH.
2. Beli
novel-novel sedia ada, dan ikut cara penulisan mereka terutama macam mana nak
buat dialog. Macam mana nak mulakan Bab dan berapa banyak mukasurat yang
diperlukan untuk satu2 bab dan sebagainya. Saya kongsikan sedikit info.
Selalunya dalam 1 bab, mukasurat adalah lebih kurang 5 sahaja. Tapi kalau
nak lebih atau kurang terpulanglah pada penerbit nak terima atau tak kan.
3. Permulaan yang
baik adalah sangat penting kerana ia adalah penarik minat utama kepada pembaca.
Contohnya kalau orang nak beli majalah. Kalau cover dia gambar CT
Nurhaliza...laju je orang belikan. Ce letak pulak gambar Aini
Marisha...hhhmmmmm alamat pulang balik la majalah tu kat kilang kan sebab x laku2
hehehe
4. Untuk dialog,
selalunya kita akan mulakan dengan
".........................................dan tutup semula dengan "
5. Untuk dialog
juga. Jika buat ayat macam ni...
"Ayah nak
pergi masjid," maklum ayah kepada Aini yang sedang asyik
menonton televisyen.
Untuk ayat kat
atas....yang saya bold kan tu. Saya cuma nak bagitahu kita kena letak koma (,)
selepas perkataan masjid tu dan bukannya noktah (.). Ini kerana ayat ni belum
tamat lagi.....faham tak. kalau tak faham, saya bezakan dengan ayat kat bawah
pulak.
"Ayah nak
pergi masjid."
Selepas memaklumkan kepada
Aini, Yahaya terus keluar dari rumah menunggang motor kapcainya.
Haaa....faham kan.
Untuk dialog ni saya letak noktah. Pasai apa pulak kan? Hehehee...ada yang garu
kepala ni. Senang je. Sebab ayat ni dah habis. That's why letak noktah. So
kalau kita letak ayat2 macam "ujar ayah......maklum ayah...tanya
ayah....jawab ayah......selar ayah...tengking ayah.....
semua ayat2 ni
kita kena letak koma (,) ya.
6. Untuk setiap
perenggan baru dan dialog baru, kita akan tab ke depan sikit permulaan
ayat/dialog baru ya.
7. Tulis lah
sesuatu yang kita tahu atau familiar. Haaa....sebab tu lah saya lebih selesa
tulis pasal kawasan negeri Perak sebab kat negeri ni lah saya tahu serba
serbinya. Nak tulis pasal negeri lain takut x betul ke jalan2nya nanti gelak di
orang Kedah pulak. Tapi tak pe...kalau nak buat pasal negeri lain ke atau nak
cerita pasal sesuatu perkara lain, make sure kita buat research betul2 pasal
benda yang kita nak tulis tu. Ini untuk memastikan kita tak bagi maklumat yang
salah pada pembaca.
8. Untuk 1
manuskrip novel dewasa selalunya, mukasurat yang diperlukan adalah lebih kurang
350-550 mukasurat.
9. Tema....ikut
pada kehendak penerbit. Yang penting cerita yang ditulis menarik dan akan
menarik minat pembaca. Sebab kita sedang berurusniaga sebenarnya dengan
penerbit. So bila berbisnes, keuntungan adalah penting untuk mereka terus
berkembang maju. Jadi amat penting untuk kita menghasilkan karya2 yang boleh
dijual.
10. Banyakkan
membaca novel2 lain di pasaran terutama yang popular untuk melihat trend yang
diminati oleh pembaca sekarang. Tapi elakkan daripada terlampau terikut2 dengan
cara mereka menulis sehingga tanpa kita sedar kita terciplak cerita
mereka.
Apa lagi ya.....oh
ya. Promosi. Penting jugak ni. Dalam area teknologi maklumat sekarang, tak
susah sebenarnya nak buat promosi. Macam-macam laman social ada. Facebook,
twitter, blog, instagram dll. Gunakan medan ini sepenuhnya. Lantak pi lah kalau
orang kata hang pa ngada-ngada sebab asyik nak promote novel. Kalau kita tak
promote novel sendiri, ada ke diorang nak tolong promote kan dengan free kan.
So....buat tak tau je pada semua komen negative. Sentiasa berfikiran positif
ya. MALAYSIA BOLEH dan anda juga BOLEH. Banyak jugak grup2 di fb yang telah
dibuka khas untuk review dan promote novel2.
So...itu saja kot.
Kepada bakal2 penulis, teruskan usaha anda (peringatan untuk diri sendiri jugak
ni). Sama-sama lah kita menetapkan target untuk keluarkan novel banyak2
ya......aminnnnn
1 comment:
Perkongsian yg menarik. Slm prkenalan dr saya seorg yg br berjinak-jinak dgn dunia penulisan.Jmpt ke blog sy pula...
Post a Comment