E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Tuesday, February 18, 2014

Operasi Bulan Madu

Assalamualaikum sahabat2 semua. Doa dan harapan saya semoga kita sentiasa dilindungi oleh ALLAH (s.wt), diberikan petunjuk dan hidayah untuk hanya melakukan kebaikan...terhindar dari segala dosa2 dan godaan syaitan.

Okey...demam Operasi Bulan Madu masih belum selesai ya. Baru lagi kan sebab ia terbitan Januari 2014. Actually hari tu dah dapat khabar gembira dari syarikat bahawa novel ni dah pun diulang cetak dalam BULAN YANG SAMA. Alhamdulillah...syukur sangat2 ke hadrat Ilahi. Nampaknya feed back yang diterima dari pembaca amatlah positif. Tetapi perlu diingatkan bahawa pendapat dan pandangan pembaca adalah berbeza kerana ia adalah pendapat individu ya. Kalau ada yang kata suka, tak semestinya orang lain juga suka. Ada sestengah pembaca yang dah bosan dengan isu yang sama yang diketengahkan dalam kebanyakan novel sekarang iaitu isu kahwin paksa, then suami mendera hati dan perasaan isteri. And at last jatuh cinta dan they live happily ever after. Ada pulak yang lebih sukakan genre thriller, seram, aksi atau komedi.

Mengenai novel Operasi Bulan Madu ni ia memang lah kisah cinta tapi ia kisah cinta yang berbeza. Ini bukan kisah kahwin paksa or whatever macam dalam kisah2 kahwin paksa yang lain. Ia mengisahkan ASP Faizal dan Inspektor Amira yang pernah mencipta sejarah hitam dalam hubungan mereka semasa di sekolah sehingga mereka akhirnya terpisah dengan perasaan dendam dan sakit hati. TETAPI takdir menentukan mereka bertemu semula dan bekerja di tempat yang sama. Kisah ini dikembangkan pula apabila mereka diminta untuk bekerjasama untuk melaksanakan satu operasi yang memerlukan mereka menyamar sebagai pasangan yang sedang berbulan madu di sebuah pulau yang bertujuan utuk memancing penjahat yang selama ini sering menjadikan pasangan berbulan madu sebagai target mereka.

Dalam keadaan hati yang masih sakit dan penuh kemarahan terhadap peristiwa hitam yang lepas, mereka terpaksa ketepikan dahulu perasaan tersebut demi kerjaya yang mereka sayangi. Tetapi apakah yang bakal terjadi apabila satu persatu kisah silam mereka mula membayangi diri mereka. Adakah operasi akan berjaya atau adakah segala-galanya hanya sia-sia. Jadi untuk mengetahui penamat cerita ini, anda boleh dapatkan novel ini di pasaran ya.

Di bawah ini pula saya sertakan gambar2 yang saya ambil dari review pembaca Operasi Bulan Madu untuk membakar semangat anda pula unntuk mendapatkan novel ini. Selain dari itu, jika anda nak lebih lagi ransangan sebelum membuat keputusan untuk beli novel ni, anda boleh baca bab2 awal novel ini di PORTAL ILHAM.

Oh ya. Sebelum saya menutup post ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang telahpun membeli novel OBM ini. Juga berbanyak2 terima kasih kepada anda semua yang telah membeli novel2 saya sebelum ini iaitu Sandaran Hati dan Usah Menangis Sayang. Terima kasih atas sokongan anda semua. Tanpa sokongan pembaca, penulis tidak akan dapat meneruskan karyanya...








No comments: