Tempat saya berkongsi idea saya sebagai seorang penulis, juga sembang2 pasal aktiviti harian saya. Jika berminat membeli karya/novel Aini Marisha, boleh hubungi saya di facebook atau e-mail ke ainimarisha@yahoo.com. "Sentiasa berfikiran positif.....dan fikirkan BOLEH"
Friday, May 10, 2013
Selamat datang bulan Rejab yang mulia
Hari Ibu
Monday, May 6, 2013
PRU 2013
Alhamdulillah tanggungjawab kita sebagai rakyat telahpun dilaksanakan pada 5.5.2013 dan Alhamdulillah juga proses pengundian berjalan dengan lancar tanpa sebarang peristiwa yang tidak diingini. Saya dan keluarga awal2 pagi dah keluar untuk membuang undi sebab dari hari sebelum tu dah macam excited sangat. Saya memang tak sabar nak mengundi pada 5.5.2013 ni sebab benda ni hanya berlaku 5 tahun sekali je kan, jadi saya rasa satu kerugian besar pada sesiapa yang tak mahu mengundi.
Saya merasa la tersekat dalam jem yang panjang masa hari Jumaat sebelum minggu mengundi tu. kelas saya habis pukul 9.30 malam hari Jumaat tu. Malam tu jugak saya nak balik ke Ipoh. Suami saya sanggup naik bas dari Ipoh dan saya ambil di di Terminal Bas Shah Alam. Lebih kurang pukul 11.30 malam kami dah sedia untuk bertolak ke Ipoh. Ya ALLAH.....panjangnya jem. Dah lah badan penat, kereta tak bergerak2. Last2 suami ambil keputusan nak tidur sekejap sebab mengantuk sangat. Ingatkan nak tidur kejap je tapi rupa2nya kami semua terlena hampir 2 jam. Kami teruskan perjalanan semula dan akhirnnya sampai di rumah tepat pukul 6.00 pagi dan lepas solat Subuh masing2 terus sambung tidur.
Tapi...saya sedih la....sebab saya ada dengar dan ada juga terbaca sebab sebab kenapa sesetengah orang ni tak nak mengundi. Yang memang ada alasan yang betul2 dan memang tak boleh dielakkan tu tak pe lah kan. Tapi kalau setakat alasan-alasan macam kat bawah ni saya rasa kesal la sikit :
1. Malas nak beratur panjang-panjang
2. Sama je undi ke tak
3. Tak de beza pun setakat hilang 1 undi dia je
4. Saya tak kisah siapa menang...saya terima apa sahaja keputusan pilihanraya ni
5. Tak percaya dengan sistem pengundian ni. SPR memang akan menangkan kerajaan sedia ada
Tak sepatutnya lah kita berfikiran macam ni kan sebab setiap 1 undi tu sangat berharga nilainya sebab ia bukan sahaja boleh merubah pemerintahan di negeri kita tetapi juga boleh mengubah 1 negara. Kalau semua orang berfikir macam tu, hilanglah sistem demokrasi di negara kita. Contohnya keadaan yang berlaku di Batu Gajah Perak. Perbezaan kemenangan hanya 2 undi sahaja. Kalau lah 2 @ 3 orang yang berniat tak nak mengundi tu datang mengundi mesti dia telah melakukan satu perubahan besar dalam jumlah undi yang diterima.
Okeylah....nak cakap lebih2 pun dah tak guna kan sebab hari mengundi dah pun selesai. Diharapkan 5 tahun akan datang semua rakyat Malaysia yang layak mengundi akan cuba sedaya upaya untuk keluar mengundi.
Dan di bawah ni adalah keputusan penuh selepas proses pengiraan undi tahun 2013.
Tuesday, April 30, 2013
Waffle
Sunday, April 28, 2013
Iron man 3
Assalamualaikum....
Kali ni entry saya pasal nak review cerita Iron Man 3. Cerita2 sebelum ni Iron Man 1 and 2 memang saya dah tengok so tak boleh la miss yang ke 3 kan. So excited tengok preview filem ni. Kebetulan 27hb april suami berkursus di Butterworth dan kami bermalam di sana. Apa lagi...bagi mengisi malam2 kami kat sana, kami decide nak tengok wayang (favourite's family activity). Beberapa kali tanya...kebanyakan tiket full. Yg ada kerusi depan sekali. Walaupun kami ni eager sangat nak tengok cerita ni tapi bab kerusi paling depan tu x sanggup la jugak nak beli....nanti mengurangkan keasyikan nak menghayati cerita tu.
So lastly kami dapat tiket pukul 12.45 tgh malam di tgv sunway mall. Pukul 12.30 malam kami dah sampai kat panggung. Punyalah ramainya org waktu tengah2 malam tu....dasyat betul penangan filem ni. Kaya la pengarah dan pelakon2nya kan.
Okey....filem pun start. Mata yang mengantuk terus dipujuk untuk bertahan sehingga habis cerita. Okey....dah habis tepat pukul 3 pagi. Kami semua bergegas keluar. Saya dan suami diam membisu sampai la masuk dalam kereta. Saya macam dah dapat agak apa yang bermain dalam fikiran dia. And maybe dia pun tahu apa yang saya fikirkan. And....it's true bila dia tanya saya " best ke??"
Dan saya apa lagi....jawablah macam ni.
" macam ada yang kurang kali ni. Saya berpendapat filem iron man kali ni macam kurang menarik. Saya x puas tengok sebab tak banyak aksi2 dan klimaks yang membuatkan kita tak senang duduk di kerusi macam cerita transformers ke....Die Hard 4 ke....sequel Born ke..... saya rasa macam hambar. Di permulaan cerita macama boring sikit sebab banyak flashback punca iron man diserang. Banyak perbualan biasa.....sehinggakan saya ternanti2 bila nak lawan ni? Satu lagi....terlalu kurang aksi Tony Spark lawan guna baju besi dia sebab sistem asyik default jek. Kesimpulannya saya x dapat kepuasan bila tengok filem ni. Macam mana saya nak cakap ye....senang cerita x ada "wow effect" bila keluar dari panggung. Even cerita animasi The Croods pun sangat2 best dalam tema ceritanya. Bila keluar dari panggung suami x habis2 cakap cerita animasi ni best....faham maksud saya kan. Cerita Iron Man ni kan memang dah kita faham penuh dengan kisah lawan2 yg sangat hebat dengan teknologi2 canggih yang Tony Stark design sendiri. So....startkan dari awal and make the audience rasa sangat WOW sepanjang cerita. Anyway.....bukan semuanya x best kan. Bila part lawan tu memang best la kan. Dengan robot2 yang canggih dan teknologi yg advance....I'm impressed.
Okeylah....stop dulu psl Iron Man 3. Just to say....ni hanyalah pandangan dan ulasan saya sebagai penonton biasa dan saya bukanlah pakar atau pengkritik berpengalaman ya. Takut jugak kalau peminat fanatik Iron Man movie atau peminat Robert Downey marah pulak nanti sebab lain orang lain pandangannya kan. Macam kakak ipar saya...dia dah tengok dan dia suka sangat filem ni dan ulasan dia adalah "yang ke 3 ni adalah yg paling best dari yg sebelum2 ni".
So....What's say you?

