tak sempat nak tulis..ni adalah gambar2 cupcakes dan blueberry muffin yang saya buat hari tu untuk jual kat kedai. Layann...je la k.
Tempat saya berkongsi idea saya sebagai seorang penulis, juga sembang2 pasal aktiviti harian saya. Jika berminat membeli karya/novel Aini Marisha, boleh hubungi saya di facebook atau e-mail ke ainimarisha@yahoo.com. "Sentiasa berfikiran positif.....dan fikirkan BOLEH"
Tuesday, March 9, 2010
Blueberry Muffin dan cupcakes
tak sempat nak tulis..ni adalah gambar2 cupcakes dan blueberry muffin yang saya buat hari tu untuk jual kat kedai. Layann...je la k.
Monday, March 1, 2010
Roti Arab dan Kuah sardin
Dah lama saya buat roti arab ni tapi tak update gambar kat sini.saya buat ikut resepi....mana ye. nanti saya attach kat bawah ni. saya makan dengan kuah sardin....best sangat. Puas sebab makan roti masak sendiri.

Resepi Roti Arab
-maaf kepada tuanpunya resepi. saya lupa ambik kat mana. mintak halal ye.
Bahan
500 gm tepung hi-protin ]
1 paket yeast..mauripan ] gaul rata
50 gm gula kastor/halus ]
Secubit garam
250 ml air suam
6 s/b shortening/lemak sayur..(warna putih)
Cara
1 . Masukkan semua kedalam adunan tepung dan uli dengan rata selama 30 minit.
2. Tutup adunan dengan kain bersih yang lembab.
3. Biar dalam suhu bilik sehingga adunan naik 2 x ganda. (anggaran 30 atau 45 minit)
4. Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan supaya angin keluar.
5. Bahagikan supaya menjadi ketulan keci.
6. Leperkan dan biarkan adunan naik semula [dalam 15 minit].
7. Masukkan adunan yg telah naik dalam kuali tak lekat [non-stick pan]...jangan gunakan minyak.
8. Panaskan dgn api yg paling kecil. Tutupkan kuali.
9. Masakkan dua-dua belah adunan sehingga agak kekungan/garing.
10. Angkat dan hidangkan dengan kari atau sambal sardin.
Gambar kat bawah ni pulak, roti sosej. anak saya suka makan roti ni, jadi saya pakai je adunan roti arab tu untuk buat roti ni. sebelum bakar, just sapu telur atas tepung.

gumpaste decor lagi- cupcakes topper
Saturday, February 27, 2010
Projek fondant dan gumpaste
Pelbagai jenis bunga dan dekorasi
My smiley bee and a bear.....can we call that a bear? hmmm...dono lah.
yang putih tu figurine yang saya buat...dan yang hijau tu si hero saya pulak yang buat. Sibukkk jek. Lepas tu dok sandar2 kan pulak kat orang mama...
Orang putih dan hijau lagi.
mereka lagi....
ok, kali ni saya nak tempekkan gambar2 dekorasi fondant dan gumpaste saya. in case, saya nak buat pulak kelas fondant, dekorasi ni adalah antara yang akan diajar kepada peserta. Slow2 lah kan, saya nak tunggu dulu kelas asas buttercream icing saya...insyaallah kalau tak ada apa-apa hal, pada 21.3.2010. Modul kelas tersebut telah pun dinyatakan dalam label "Kelas Asas Menghias Cupcakes". Kelas ni keutamaan adalah untuk peserta yang tak ada asas langsung dalam menghias cupcakes. saya akan cuba sedaya upaya saya untuk berkongsi pengalaman saya selama ini dalam membuat aktiviti yang sama. saya kagum sungguh dengan perkembangan teknologi semasa kita sekarang ni terutama internet ni. Dengan blog, kita boleh mengiklankan apa sahaja yang kita mahukan. Dulu saya buta IT, tak terfikir pun nak buat blog ni. Rugi betul kalau diingatkan.....sebab dah lama saya berkecimpung dalam dunia bakery ni tapi tak pernah terfikir nak ambik gambar dan membuat blog. Sekarang ni je lah baru ada peluang. tapi apa yang saya lakukan dulu2 tu tak dapat lah dikongsi bersama di sini terutama kek dan roti yang saya buat dulu dan kelas2 bakeri yang saya hadiri. Tak apalah, apa-apa pun....sekarang saya salah seorang yang sudah ada blog sendiri. Harap-harap anda semua sudi menatap hasil tangan saya....
Monday, February 15, 2010
MAJLIS MERISIK ADIK PEREMPUAN SAYA
Thursday, February 11, 2010
Sambungan cerita memasak
Bergedil Ayam
Malam tadi macam teringin sangat nak makan begedil. Almaklumlah, kalau nak beli kat kedai bukannya murah dalam RM1.00 satu. Kalau nak beli banyak2, tumpor kata orang Perak. So...decided nak buat sendiri. Senang je sebenarnya nak buat begedil ni yang penting ada bahan2 yang diperlukan dicampur dengan sedikit daya usaha dan sikap rajin. Fuhh..ada ke resepi cam ni.
Saya teringat masa belajar dulu. Masa kat KL saya duduk dengan seorang akak ni yang memang buat kuih muih untuk jual kat kantin. So..ada la sedikit sebanyak resepi yang saya belajar. Salah satu adalah bergedil. Tapi resepi yang saya buat tadi saya ikut satu resepi kat internet. Sebenarnya tak banyak yang berubah cuma cara nak lembutkan kentang tu je. Masa kat KL dulu, akak tu rebus kentang tu tapi kali ni saya guna cara goreng kentang sampai empuk.
Kat bawah ni ada gambar begedil yang saya masak tu.

Gambar sebelum masak-dah siap bulat2

Selepas masak.
Bahan-bahan yang saya guna: (tak ada sukatan ye. Ikut suka masing2. Nak buat banyak, guna kentang banyak2).
1.Ubi kentang
2.Daun bawang -dipotong2 halus.
3.Bawang goreng
4.Garam (ikut rasa lidah masing2)
5.Sos tiram (agak2 je sukatannya)
6.Ayam atau daging (ikut selera masing-masing. Tapi bahan2 ni kena rebus dulu dan potong atau racik halus2)
Cara:
1.Ubi kentang dibuang kulit dan dipotong-potong. Jangan kecik sangat. Sedang2 saje. Janganla pulak punyalah malas, hangpa campak seketul-seketul terus kentang tu. Nanti lambat pulak lembut.
2.Lepas kentang dah cukup masak, angkat dan toskan.
3.Bahan-bahan lain tu disatukan dalam bekas.
4.Masukkan ubi kentang ke dalam bahan2 lain dan lenyek2kan sampai semua bahan2 tu sebati dengan kentang.
5. Lepas tu masukkan garam dan sos tiram. Gaul sebati lagi.
6. Dah sebatai, bulat2kan ikut saiz yang disukai kemudian leper2 kan sikit.
7. Dah habis semua buat bulat2, masa nak goreng salutkan dulu adunan tadi dengan telur. Lepas dah salut dengan telur, bolehlah goreng dengan minyak masak sampailah masak...
8. Lepas tu...apa lagi, bolehlah makan.
Testimoni: memang sedap sungguh bergedil ni. Kalau buat sendiri memang puas sebab:
a. Dapat makan banyak dengan kos yang rendah
b. Sedap sbb dari air tangan sendiri
c.Ayam atau daging banyak sampai terasa2 kat lidah. Kalau beli rasa kentang jek.
Pendapat saya, resepi begedil guna cara ubi kentang yang digoreng lebih senang sebab masa nak bulat2 kan ubi kentang tu lebih mudah. Mungkin sebab dia lebih kering (tak banyak air) dan minyak2 yang diserap tu menganjalkan sikit ubi tu. Tak payah bubuh tepung lagi. Kalau ubi kentang tu direbus, dia lembik sikit, so kena bubuh tepung. So..selamat mencuba!!!!

Subscribe to:
Comments (Atom)