E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Thursday, June 28, 2012

Red Velvet Cupcakes

Cupcakes red velvet ni dah lama saya buat tapi tak update pun gambar dalam blog ni. Masa tu macam teringin sangat nak buat sebab baca blogeer yang dah buat cc ni semua kata sedap sangat. So..saya pun cari la resepi yang ada dalam laptop ni. dan...taraaa...percubaan pertama memang menjadi dan adooiiii rasanya teramatlah sedap ditambah dengan kemasaman cream cheese diseimbangkan dengan kemanisan cc tu....of coz la saya yang paling banyak habiskan. CC ni semakin sedap apabila saya simpan dalam freeze dan untuk dua hari..pintu freezer asyik dibuka oleh saya sebab mengintaikan si baldu merah ini..... Visit Aini Marisha

Menghadapi kerenah anak yang semakin meningkat remaja

Sekarang ni saya sedang menunggu Nazrin membuat latihan soalan matematik UPSR yang terdapat dalam website Portal Pendidikan Utusan Malaysia. Bagus website ni sebab mereka letakkan banyak contoh kertas-kertas soalan untuk semua peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Dan sekarang ni terpulang pada pelajar tu sendiri la pulak antara nak buat ke tak. Tahun ni penting bagi saya dan suami sebab anak kami akan menghadapi peperiksaan penting buat kali pertama iaitu UPSR. Walaupun ada orang kata, tak perlu nak risau sangat sebab lulus atau tak pelajar masih boleh lanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 tapi lain pulak pandangan kami. Dan saya yakin ramai juga yang sependapat dengan kami lebih-lebih lagi saya hanya ada seorang anak sahaja. Buruk dan baik kami bergantung padanya. Dan sudah tentulah kami mahu dia mempunyai masa hadapan yang sangat cerah, hidup yang senang dan yang penting cukup ilmu agama sebagai bekalan kami berdua di akhirat nanti. Segalanya mesti seimbang kan...dalam apa-apa sahaja yang kita lakukan dalam hidup samada pemakanan, tugas-tugas di pejabat, kerja-kerja seharian di rumah atau pejabat mestilah diuruskan dengan baik dan seimbang. Kalau makanan, mesti seimbang dengan zat-zat dan nutrisi-nutrisi yang diperlukan. Kalau bekerja, kena seimbangkan dengan masa untuk beramal ibadat dan juga masa untuk keluarga. Kalau berharta lebih kena seimbangkan dengan mengeluarkan zakat bagi meringankan beban manusia yang memerlukan. Sekali sekala naik juga suara saya melihatkan sikap Nazrin yang menunjukkan sikap bosan apabila setiap kali disuruh belajar. Bukan apa...kalau main game/komputer/PS3 sampai ke pagi esok mata dia boleh bertahan...tapi kalau disuruh belajar macam saja-saja sikapnya seolah-olah sengaja hendak mencabar kesabaran saya. Macam tu lah agaknya perasaan ibu bapa kita dulu apabila menyuruh kita belajar kan. Itulah pusingan hidup...apa yang dialami oleh setiap manusia akan dialami pusingan yang sama oleh manusia yang lain. Dari dilahirkan,kita dijaga oleh ibu bapa...diberikan pelajaran sehingga dewasa. Kemudian kita bekerja, berkahwin, mempunyai anak...dan seterusnya anak kita pula akan menyambung kitaran hidup manusia. Saya dan suami akan cuba sedaya upaya kami membantu Nazrin untuk lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR ini. Usaha + doa + tawakkal = kami harapkan kejayaan akan mengirinyaa nanti. Kejayaan ini bukan untuk kami banggakan atau untuk kami canagnkan kepada orang lain bahawa anak kami adalah cerdik, tetapi adalah bekalan yang kami sediakan untuknya bagi kehidupannya di masa akan datang. Saya tidak mahu apabila kami tidak ada lagi nanti, hidupnya teriumbang ambing tanpa haluan. Saya tidak sanggup melihat dia hidup susah....apa yang saya dan suami sediakan sekarang adalah untuk kesenangan hidupnya nanti kerana setiap anak memang tanggungjawab ibu bapa. Muhammad Khairun Nazrin.....mama marah bukan kerana tidak sayang tetapi kerana tidak mahu Nazrin susah di kemudian hari akibat sikap mama yang cuai dalam membentuk Nazrin di masa ini....

Wednesday, June 27, 2012

Mencuri-curi masa

As-salam semua kawan-kawan.....(ada ke pun yang singgah kat blog saya ni...) firstly nak bagitahu, kalau ada sesiapa nak tahu pasal perkembangan novel saya yang seterusnya...saya nak maklumkan bahawa saya masih dalam proses nak siapkan bab-bab akhir. Semangat nak menghabiskan tu ada...tapi masa selalu mencemburui saya. Kat ofis memang la tak boleh kan, bila balik rumah pulak macam-macam benda nak buat dan akhirnya saya kepenatan dan memang tak sanggup nak bukak laptop untuk terus menulis....adooiiii, macam mana ni? Insyaallah akan saya cuba jugak cari masa untuk menyiapkannya sebab ini adalah minat saya dan saya tak mahu kuburkan begitu sahaja. Oh ya...kepada semua penminat buku Alaf 21...sentiasalah menyokong penulis-penulis Alaf 21 dan beri komen yang membina supaya kami penulis dapat memperbaiki kekurangan yang ada.....

Wednesday, January 4, 2012

NOVEL-NOVEL SAYA BERSAMA ALAF 21/KARANGKRAF

di bawah ini adalah novel2 yang saya tulis dan diterbitkan oleh ALAF 21.



KARNIVAL BESAR-BESARAN GRUP BUKU KARANGKRAF




Ini adalah majlis julung-julung kali diadakan khusus untuk semua penulis Grup Buku Karangkraf dan peminat buku. Festival ini adalah perhimpunan besar-besaran penulis, pengkarya kreatif seperti penggiat filem, pensyarah, pengkritik dan aktivis dunia buku. Saya sebagai salah seorang penulis di Grup Buku Karangkraf mengalu-alukan kedatangan semua kawan2 ke karnival ini. marilah kita sama-sama memeriahkan lagi karnival ini disamping menikmati pelbagai diskaun dan hadiah yang hebat. Karnival ni akan diadakan di Kompleks Media Karangkraf di Shah Alam

Monday, July 11, 2011

Spaghetti



Salam semua, gambar di atas ni adalah projek last minute malam tadi. Sebenarnya memang malas nak masak dah sebab saya dah makan kat rumah mak mertua lepas balik kerja tadi. Tapi tiba-tiba si bujang tu merengek sebab lapar. Fikiran pun mulalah mencari2 idea apa yang nak dimasak malam2 ni....so, dengan malas bergerak jugak ke dapur. Tengok2 ada pasta mentah yang masih berbaki dari masakan yang lepas. Ada puri tomato. Masih ada lagi daging ayam kisar yang belum digunakan. Dan stok herba oregano serta daun parsly memang sedia ada di dapur. Apa lagi....saya mulalah keluarkan bahan2 dan dalam masa tak sampai 20 minit, spaghetti saya siap. Sedap dan mudah...dan yang penting mengenyangkan.

Bahan2 yang saya gunakan:

1. Pasta kering -rebus dengan sedikit garam

Kuah:

1. Puri tomato dalam tin atau kalau nak senang beli sahaja sos spaghetti yang siap dijual. Ada pelbagai jenama seperti Heinz, Maggi, Prego dan Kimball
2. Oregano
3. Daun Parsley kering
4. Bawang putih - cincang halus
5. Bawang merah - potong dadu
6. Daging ayam kisar Ramly/Azmy
7. Parutan keju (optional)

Cara masak:

Mula2 rebus dulu pasta.

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sampai layu dan naik bau.
2. Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam betul2 masak.
3. Masukkan tomato puree, tambahkan air.
4. masukkan garam, gula, oregano dan daun parsley. Kacau sebati. Puan2 kenalah sentiasa rasa masakan untuk seimbangkan rasa garam dan gula. Jika suka boleh letakkan sedikit bahan perasa.
5. Okey...dah siap. Bila nak hidangkan, boleh taburkan hirisan keju jika suka ye.

Sunday, July 10, 2011

Chicken Lasagna

Assalamualaikum semua,

Hari ni hari Isnin...kebetulan ada masa ni saya nak tulis pasal aktiviti memasak semalam. Sebenarnya lately memang jarang saya dapat peluang masak2 kat rumah. Bila hari minggu je mcm2 plan yang timbul, asyik tak lekat kat rumah...mana taknya, hari biasa kami dua2 bekerja jadi bila tiba hari sabtu dan ahad seboleh-bolehnya semua urusan nak diselesaikan. Okeylah, berbalik pada aktiviti memasak tu...sebenarnya dah lama anak bujang saya minta masakkan lasagna. Saya pulak asyik terlupa je. Malam sabtu tu dah terlanjur ke TESCO, dan disebabkan sepanjang perjalanan anak saya dok ingatkan untuk buat lasagna, saya pun belilah barang2 yang diperlukan (sebelum tu dah intai2 blog kawan2 lain untuk dapatkan resepi).

So,pagi ahad saya mulalah projek buat lasagna. Actually senang je buatnya. Kuah/inti lasagna ni lebih kurang sama macam kuah spaghetti yang saya selalu buat tu, cuma kali ni inti tu kita masak sehingga agak kering. Selain tu, kita kena beli kulit lasagna yang memang banyak dijual di pasaraya. Ada yang instant dan ada pulak jenis yang perlu direbus dahulu sebelum digunakan. Selain dari inti ayam tu, ada satu lagi sos yang kena dimasak..orang panggil sos putih. Sos ni pun senang jugak nak buat. Okey, kat bawah ni saya kongsikan resepi untuk buat lasagna ni. Antara rumah2 yang saya intai untuk cari resepi adalah:

http://lizahanum.blogspot.com/2011/02/chicken-lasagna-keledek-rebus.html
atau boleh juga pergi ke www.kongsiresepi.com

Resepi saya pulak:

Kulit lasagna boleh dibeli di pasaraya. Ia berbentuk kepingan nipis. Jika beli yang instant, anda boleh terus gunakan tanpa boil dahulu. Tapi jika beli yang biasa, pastikan anda boil dalam air panas ye.


Untuk inti ayam:

a. 1 bungkus daging ayam kisar Ramly
b. 1 tin sos spaghetti kimball
c. carrot (potong halus)
d. Bawang putih (cincang halus)
e. Bawang besar (potong kecil2/kiub)
f. Garam, gula, oregano (kalau ada)

Cara masak:

Tumis bawang putih dan bawang sampai naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan daging ayam kisar. Kacau sehingga daging masak. Kemudian masukkan sos kimball. Kacau lagi, masukkan carrot dan rasa lah garam dan gula mengikut kesesuaian. Masak inti sehingga agak kering.

Sos putih:

Mentega/majerin untuk menumis
Susu segar (2 kotak kecil)
Tepung gandum (dalam 3 @ 4 sudu besar)
Garam/gula/oregano
Cheese - terpulang samaada mozarella atau cheddar

Cara memasak:

1. Panaskan majerin/mentega.
2. Kemudian masukkan tepung, kacau sehingga sebati. Api perlu perlahan.
3. Kemudian masukkan susu dan kacau lagi.
4. Tutup api dan rasakan garam dan gula.

*ada sesetengah resepi yang masukkan cheese bila dah tutup api...terpulang pada puan2 ye. Kalau nak masukkan cheese, kurangkan lah garam sbb cheese dah masin. Bila tutup api.masukkan cheese dan kacau sehingga cheese cair.

Cara buat lasagna:

1. lanserkan majerin di sekeliling bekas yang anda akan gunakan untuk masak lasagna
2. di bahagian bawah sekali, taburkan inti ayam kemudian lapiskan dengan sos putih. Selepas itu letakkan kepingan lasagna di atas sos putih. Jika puan2 nak tabur cheese boleh juga sebelum tutup dengankulit lasagna tu ye. Sebenarnya cara nak lapiskan ni terpulang pada puan2. Itulah untungnya kalau masak sendiri. Kita boleh masukkan macam2 bahan yang kita nak. Kalau puan2 suka cheese banyak, taburkan je lah banyak2 atas inti tu. Kalau sebaliknya, kurangkan saja lah ye.
3. So...ulangi proses tu sampai inti ayam dan sos habis. Di bahagian atas sekali, selepas tutup dengan kulit lasagna terakhir, puan2 taburlah dengan keju mozarella sehingga menutupi semua bahagian kulit lasagna tersebut.
4. Okey...dah siap. Sekarang kita boleh bakar dalam suhu lebih kurang 180*C. Saya bakar pakai api bawah saje sbb nak elakkan keju tu terbakar cepat sangat.
5. Bila dah masak.....yummmm!!! sedap sungguh. Anak saya memang over excited sangat sbb akhirnya mama dah tunaikan permintaan dia...okey, kita layan gambar kat bawah ye.