Assalamualaikum sahabat2 semua. Doa dan harapan saya semoga kita sentiasa dilindungi oleh ALLAH (s.wt), diberikan petunjuk dan hidayah untuk hanya melakukan kebaikan...terhindar dari segala dosa2 dan godaan syaitan.
Okey...demam Operasi Bulan Madu masih belum selesai ya. Baru lagi kan sebab ia terbitan Januari 2014. Actually hari tu dah dapat khabar gembira dari syarikat bahawa novel ni dah pun diulang cetak dalam BULAN YANG SAMA. Alhamdulillah...syukur sangat2 ke hadrat Ilahi. Nampaknya feed back yang diterima dari pembaca amatlah positif. Tetapi perlu diingatkan bahawa pendapat dan pandangan pembaca adalah berbeza kerana ia adalah pendapat individu ya. Kalau ada yang kata suka, tak semestinya orang lain juga suka. Ada sestengah pembaca yang dah bosan dengan isu yang sama yang diketengahkan dalam kebanyakan novel sekarang iaitu isu kahwin paksa, then suami mendera hati dan perasaan isteri. And at last jatuh cinta dan they live happily ever after. Ada pulak yang lebih sukakan genre thriller, seram, aksi atau komedi.
Mengenai novel Operasi Bulan Madu ni ia memang lah kisah cinta tapi ia kisah cinta yang berbeza. Ini bukan kisah kahwin paksa or whatever macam dalam kisah2 kahwin paksa yang lain. Ia mengisahkan ASP Faizal dan Inspektor Amira yang pernah mencipta sejarah hitam dalam hubungan mereka semasa di sekolah sehingga mereka akhirnya terpisah dengan perasaan dendam dan sakit hati. TETAPI takdir menentukan mereka bertemu semula dan bekerja di tempat yang sama. Kisah ini dikembangkan pula apabila mereka diminta untuk bekerjasama untuk melaksanakan satu operasi yang memerlukan mereka menyamar sebagai pasangan yang sedang berbulan madu di sebuah pulau yang bertujuan utuk memancing penjahat yang selama ini sering menjadikan pasangan berbulan madu sebagai target mereka.
Dalam keadaan hati yang masih sakit dan penuh kemarahan terhadap peristiwa hitam yang lepas, mereka terpaksa ketepikan dahulu perasaan tersebut demi kerjaya yang mereka sayangi. Tetapi apakah yang bakal terjadi apabila satu persatu kisah silam mereka mula membayangi diri mereka. Adakah operasi akan berjaya atau adakah segala-galanya hanya sia-sia. Jadi untuk mengetahui penamat cerita ini, anda boleh dapatkan novel ini di pasaran ya.
Di bawah ini pula saya sertakan gambar2 yang saya ambil dari review pembaca Operasi Bulan Madu untuk membakar semangat anda pula unntuk mendapatkan novel ini. Selain dari itu, jika anda nak lebih lagi ransangan sebelum membuat keputusan untuk beli novel ni, anda boleh baca bab2 awal novel ini di PORTAL ILHAM.
Oh ya. Sebelum saya menutup post ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang telahpun membeli novel OBM ini. Juga berbanyak2 terima kasih kepada anda semua yang telah membeli novel2 saya sebelum ini iaitu Sandaran Hati dan Usah Menangis Sayang. Terima kasih atas sokongan anda semua. Tanpa sokongan pembaca, penulis tidak akan dapat meneruskan karyanya...
Tempat saya berkongsi idea saya sebagai seorang penulis, juga sembang2 pasal aktiviti harian saya. Jika berminat membeli karya/novel Aini Marisha, boleh hubungi saya di facebook atau e-mail ke ainimarisha@yahoo.com. "Sentiasa berfikiran positif.....dan fikirkan BOLEH"
Tuesday, February 18, 2014
Thursday, January 23, 2014
Bab 8 Kan Aku Dah Kata
Assalamualaikum...jemput baca Bab 8 kisah "Kan Aku Dah Kata". Kalau nak baca juga hasil nukilan penulis Karangkraf yang lain boleh pergi ke laman ilham.karangkraf atau klik sini. Untuk memudahkan, saya letakkan juga di sini bab 8 untuk bacaan semua ya.
Bab 8
Tiba
di rumah, Datin Aini terus meminta diri untuk berehat. Dia berjanji akan
meluangkan masa dengan Ellyssa pada keesokan harinya kerana hari ini dia merasa
begitu penat. Apabila masuk ke biliknya, Datin Aini terus memanjat naik ke atas
katil besar yang telah ditinggalkannya hampir tiga minggu. Diciumnya bantal lembut yang sangat dirinduinya
dengan deraian air mata yang sukar ditahan.
Datuk
Aziz yang masih duduk di ruang tamu bersama Ellyssa hanya memandang sayu
langkah isterinya sebentar tadi. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang
memikul. Dia hanya mampu mengeluh panjang. Kupiah putih yang masih tersarung
kemas di kepalanya diambil lalu diletakkan di atas meja kopi.
“Kenapa
dengan mommy tu daddy? Kenapa mommy macam tak happy je lepas balik dari umrah
ni?” tanya Ellyssa semakin hairan. Memang kelakuan mommy kali ini amat berbeza.
Selalunya apabila pulang dari bercuti pasti mommy akan kelihatan sangat gembira
dan tidak sabar hendak mengeluarkan segala hadiah dan buah tangan yang
dibelinya. Tetapi kali ini mommy langsung tidak menghiraukan barang-barang yang
telah dibawa masuk ke rumah. Mommy seolah-olah berada di dalam dunianya sendiri
dan begitu berat hendak bercerita dengan sesiapa mengenainya.
“Berikan
mommy masa untuk berehat dan bertenang. InsyaAllah bila mommy dah bersedia,
pasti dia akan bercerita segala-galanya kepada Ell,” jawab Datuk Aziz dengan
pandangan mata yang redup.
Walaupun
Ellyssa masih tidak berpuas hati dengan jawapan bapanya namun dia terpaksa
memujuk hati untuk bersabar. Ya, mungkin benar mommy terlampau penat. Dengan jet lag lagi ditambah dengan cuaca panas
di bumi Mekah dan bonus pula dengan umur mommy yang semakin meningkat mungkin menyebabkan
mommy tidak dapat menahan semua dugaan itu.
“Errr…
daddy, rumah Ell dah hampir siap. Hampir 80 peratus dah. Kalau dah siap
semuanya, Ell ingat nak pindah. Nak berdikari.” Kali ini topik perbualan telah
bertukar. Ellyssa memandang kejap wajah Datuk Aziz. Ada riak terkejut di wajah
bapanya.
“Kenapa
nak pindah? Rumah ni pun dah cukup besar untuk Ell tinggal. Mommy dan daddy pun
bukannya ada anak lain. Tinggal saja di sini. Kalau Ell nak jugak duduk rumah
tu, tunggulah sampai Ell dah kahwin nanti. Tak adalah daddy dan mommy risau Ell
duduk seorang diri di sana nanti,” jawab Datuk Aziz perlahan lebih kepada
memujuk.
“Bukan
apa daddy, sayanglah kalau rumah dah siap tapi dibiarkan kosong. Lagi sayang kalau
disewakan pada orang lain. Jadi lebih baik Ell duduk saja kat sana. Bukannya
jauh pun dari rumah daddy kan. Kalau Ell nak balik sini hari-hari pun tak ada masalah,”
jawab Ellyssa dengan wajah kelat apabila mendengar keputusan bapanya tadi.
“Nantilah
kita bincang perkara ni. Lagipun ada dalam dua tiga bulan lagi kan sebelum
rumah tu boleh diduduki sepenuhnya. Sekarang ni daddy penat sangat. Daddy nak naik
solat Isyak kemudian nak tidur,” ujar Datuk Aziz perlahan. Suaranya kedengaran
agak kasar disebabkan batuk yang menyerangnya beberapa hari sebelum balik ke
Malaysia.
Datuk
Aziz mencapai semula kupiah putih atas di meja kopi kemudian melangkah menuju
ke tangga. Sebelum tapak kakinya mencium anak tangga yang pertama, Datuk Aziz
menoleh ke belakang ke arah Ellyssa yang sedang menukar siaran televisyen.
“Ell…,”
panggil Datuk Aziz.
Ellyssa
menoleh. “ ya daddy?”
“Sebelum
tidur jangan lupa solat Isyak ya dan jangan lupa doakan mommy dan daddy supaya
sihat,” pesan Datuk Aziz sebelum dia meneruskan langkahnya ke atas.
Ellyssa
pula ternganga apabila mendengar kata-kata bapanya. Pelik! Itulah perkataan
yang muncul di fikirannya. Kenapa daddy ni?...bisik hati Ellyssa. Solat Isyak?
Berdoa? Seumur hidupnya inilah pesanan paling pelik yang pernah diutarakan oleh
daddy. Selama ini tidak pernah pun daddy bercakap mengenai solat kepadanya.
Hmmm….sekejap aje tu. Lepas dua tiga minggu nanti baliklah ke perangai
asal….getus hati Ellyssa beserta gelengan kepala dan senyuman pendek.
Diambilnya semula alat kawalan jauh yang berada di atas meja. Kali ini
cariannya berhenti di rancangan drama Cinta Pandang ke-2 yang diadaptasikan
dari novel hasil tulisan Laila Kamilia. Sudah hampir separuh ceritanya.
Hmmm...inilah
agaknya cerita novel yang ramai orang kata best tu....bisik hati Ellyssa lagi.
Memang dia tidak pernah membaca novel-novel berbahasa Melayu sebelum ini kerana
keluarganya lebih mementingkan penguasaan bahasa Inggeris. Mommy juga
menunjukkan minatnya kepada cara Barat dengan menghias rumah mereka bertemakan
modern English. Manakala di dalam bilik tidur mereka, mommy mahukan tema
English cottage iaitu lebih kepada warna-warna pastel dan bercorak bunga mawar.
Disebabkan
faktor ini tidak banyak nama penulis Melayu di Malaysia yang dikenalinya.
Tetapi kebelakangan ini ulasan demi ulasan hebat yang dibacanya di facebook
tanpa disedari berjaya juga memancing hatinya untuk membeli dua buah novel
berbahasa Melayu semasa ke ke kedai buku bulan lepas. Tiba-tiba Ellyssa
teringat semula kepada sebuah buku agama yang dipegangnya...."Cintai
dirinya kerana ALLAH". Ada debaran di hatinya setiap kali bayangan
buku itu bermain di fikirannya.
"Ell
tak tidur lagi?" Teguran dari makcik Normah betul-betul mengejutkan
Ellyssa. Diurutnya dada yang terasa sesak seketika.
"Maaf
Ell. Makcik tak berniat nak buat Ell terkejut. Ell termenungkan apa tadi sampai
makcik datang ni pun tak sedar," tanya Normah lagi.
"Tak
pe makcik. Ell pun nak naik tidur dah ni. Nanti makcik tutup lampu semua
ya," jawab Ellyssa. Banyak termenung, jalan cerita drama tersebut pun
tidak dapat dihayati sepenuhnya. DIa menguap beberapa kali. Mata semakin
mengantuk. Jam di dinding baru sahaja berdenting 12 kali.
Monday, January 13, 2014
Prebiu Novel Operasi Bulan Madu...
Assalamualaikum semua. Jom menonton prebiu saya untuk novel Operasi Bulan Madu pula. Video ni dirakamkan sejurus saya selesai ditemuramah di konti radio ufm uitm di Shah Alam. Memang nerves sebab tak ada praktis2 dulu. Terus je rakam dik. Untuk tonton boleh klik link di bawah ya.
prebiu novel operasi bulan madu
prebiu novel operasi bulan madu
Thursday, January 2, 2014
PROMOSI NOVEL-NOVEL ALAF 21
Assalamualaikum......jom2 dapatkan novel terbital ALAF 21. Ada banyak kisah2 yang menarik. Yang penting, pihak ALAF sangat2 mementingkan penggunaan bahasa yang berhemah demi memartabatkan dan menjaga nilai bahasa kebangsaan kita.
Promosi novel di radio UFM UiTM
Assalamualaikum...
Nak tempek jugak kat blog ni walaupun event ni sebenarnya dah lepas. Promosi di radio UFM ni berlangsung semalam dari pukul 3-4 petang dalam segmen mari membaca. Pengalaman pertama dik oooiiii...Ketaq lutut kata orang utara. Hehehee...tapi Alhamdulillah. Lepas dua tiga kali kena tanya, barulah badan ni panas sikit. Kalau tak masa mula2 tu dah rasa duduk dalam bilik sejuk beku.
Agak2 ada ke yang dengar masa akak bersiaran tu kan? Radio ni cuma dapat didengar di area Selangor...KL je. Tapi boleh juga didengar secara online. Tapi tak pe...kepada peminat2 novelis Alaf 21, memang segmen ini akan berterusan setiap hari Khamis jam 3-4 petang dengan novelis2 yang berbeza yang bertujuan untuk mempromosikan novel masing2.
Nak tempek jugak kat blog ni walaupun event ni sebenarnya dah lepas. Promosi di radio UFM ni berlangsung semalam dari pukul 3-4 petang dalam segmen mari membaca. Pengalaman pertama dik oooiiii...Ketaq lutut kata orang utara. Hehehee...tapi Alhamdulillah. Lepas dua tiga kali kena tanya, barulah badan ni panas sikit. Kalau tak masa mula2 tu dah rasa duduk dalam bilik sejuk beku.
Agak2 ada ke yang dengar masa akak bersiaran tu kan? Radio ni cuma dapat didengar di area Selangor...KL je. Tapi boleh juga didengar secara online. Tapi tak pe...kepada peminat2 novelis Alaf 21, memang segmen ini akan berterusan setiap hari Khamis jam 3-4 petang dengan novelis2 yang berbeza yang bertujuan untuk mempromosikan novel masing2.
Subscribe to:
Comments (Atom)












