Tempat saya berkongsi idea saya sebagai seorang penulis, juga sembang2 pasal aktiviti harian saya. Jika berminat membeli karya/novel Aini Marisha, boleh hubungi saya di facebook atau e-mail ke ainimarisha@yahoo.com. "Sentiasa berfikiran positif.....dan fikirkan BOLEH"
Tuesday, July 9, 2013
Cerita tentang Novel
Hopefully, saya akan mendapat sokongan yang baik daripada peminat2 novel Alaf 21 sekiranya novel terbaru saya diterbitkan nanti.
Mengenai penulisan juga, di sini saya ingin kongsikan serba sedikit pengalaman saya apabila menjadi seorang penulis novel. First of all...apa yang penting ialah "MINAT". Jika tak ada perkataan ini...maka semua yang dibawah ini tak akan berlaku....
Apa yang saya lakukan sebelum mula membuat sesuatu cerita?
a. Mula-mula saya akan berangan atau dalam kata lain berfantasi mengenai cerita yang bakal saya tulis. Saya akan bayangkan jalan ceritanya secara ringkas, siapa pelaku-pelakunya, di mana ia akan berlaku, plot cerita, klimaks dan endingnya. Dan yang paling penting...selain dari mereka2 cerita, saya juga tidak lupa berdoa kepada ALLAH agar dikurniakan ilham dan idea yang baik untuk saya menulis novel yang baik. Ini yang paling penting.
b. Ada kalanya saya biarkan saja cerita itu melayang-layang dalam fikiran saya begitu sahaja kerana selalunya jalan cerita itu akan bertukar-tukar mengikut masa dan tempat dimana saya berada. Ia juga mungkin boleh diadaptasi dari apa yang saya perhatikan berlaku di sekeliling saya.
c. Jika saya dah dapat isi-isi cerita yang bakal saya tulis, maka step seterusnya ialah saya akan menulisnya di atas kertas/buku kerja saya. Saya akan nyatakan nama-nama yang telah saya pilih untuk watak2 dalam cerita saya, pekerjaannya, wataknya, tempat di mana cerita akan berlaku, konflik2 yang ada, dan akhir sekali endingnya. Dan jika saya perlu buat kajian mengenai sesuatu isu yang akan timbul dalam cerita saya, maka saya pasti akan membuatnya. Selalunya saya akan membuat rujukan dengan melayari laman web sahaja. Ia lebih mudah dan menjimatkan masa...
d. Bila dah ada cerita...ok. bolehlah mula menulis. Yang penting kena ada "masa" yang mana kebelakangan ini saya kehilangannya dan sukar untuk saya cari ia untuk membolehkan saya duduk lebih lama di hadapan komputer lebih lama.
Ok...selamat berjaya bagi sesiapa yang mempunya "MINAT" untuk menulis. Aloha.
Monday, July 8, 2013
Rendang ayam negeri Perak
Cabai kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai - blender sampai halus.
Daun kunyit.
Kunyit serbuk
Kerisik
Santan
Garam
Asam keping
Apam kampung
Pada pendapat saya sebab ni adalah kuih apam yang betul2 tradisional la resepi opah2 dan mak2 kita buat dulu. Kalau sekarang ni banyak dah apam2 lain...ada apam beras la, apam eno la, apam polkadot la....maknanya tu semua apam moden sikit la kan.
Sunday, June 23, 2013
Shepherds pie
Daging kisar -saya guna daging kisar Ramly
Kalau suka boleh bubuh carrot, jagung dan kacan pis ( saya guna yg frozen tu).
Bawang besar dan bawang putih cincang halus.
Sos prego ( kalau x de bubuh je sos tomato)
Garam dan lada sulah.
Lepas tu masukkan sayur2 campur tadi. Actually kalau suka boleh bubuh cendawan butang, daun celery ke...its up to you all sbb kita yg buat dia kan. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Kalau nak kuah dia pekat masukkan tepung gandum yang dibancuh dgn sedikit air. Masak seketika dan siap.
Tuesday, June 11, 2013
Selamat Hari Jadi Nazrin
Wednesday, June 5, 2013
Pavlova in da house
Assalamualaikum. ...
Wah wah wah....lamanya tak update blog kan. Sebenarnya mcm pening la pulak sbb byk sgt laman sosial skrg ni. Ada instagram la, keek la, whatsapp la, facebook la, blog la, line lagi, lepas tu we chat pulak.....sampai tak tahu mana satu yg diupdate. Disebabkan saya baru je register Keek, so sekarang ni tengah ralit dok tengok video2 yg keekers postkan. I like video Dr. Harlina (wife angkasawan Malaysia tu la....). Bella and Tasha sangat2 kiut. Bestnya ada anak perempuan kan.....
Okeylah jauh pulak lari dari tajuk. Actually saya nak cakap pasal pavlova ni. Tengok gambar yg saya letakkan. Mengancam kan. Warna2 buah2an tu cantij sgt bila dihias atas fresh cream. Dan....yang penting rasa dia sedap sgt. Tak sampai 1 hari dah habis. Sebenarnya ni kali kedua saya buat. Yg 1st time putih telur tu tak berapa cantik kerasnya. Tapi kali ni everything perfect dan bila dah masak putih telur tu jadi gebu dan ringan. Combination bahan2 sgt sesuai. Saya cari buah yg masam2 sikit utk balancekan dgn rasa manis putih telur tu.
Okey...sekarang ni you all boleh cuba buat ye sebab senang sgt nak buat. Resepinya kat bawah ni.
4 biji putih telur
1 cwn gula castor
Sedikit jus lemon atau cuka
2 sudu besar tepung jagung.
Pukul putih telur hingga separuh kembang then masukkan semua bahan2 lain. Putar lagi sehingga putih telur tu betul2 kembang dan keras dan tak jatuh kalau kita tonggengkan bekas tu. Bancuhan tu letakkan atas dulang pembakar yg dilapik dgn kertas minyak. Bakar dlm oven...lebih kurang 1jam atau hingga putih telur tu kekuningan. Bila cukup masak, switch off oven tapi biarkan dulu putih tu dlm oven dgn merenggangkan sedikit pintu oven tu. Biarkan sejuk sebelum hias dengan fresh cream dan buah2an......
Kan senang tu. Apa lagi...
Jom2 ke dapur.
