E BOOK IRFAN KHAIRI

7.0 Is Here!
iDevAffiliate 7
Price: $99.99 USD



more information

Tuesday, April 30, 2013

Waffle

Assalamualaikum
Kali ni nak share pasal percubaan pertama buat waffle. Sejak baca entry2 pasal waffle kat blog2 lain, saya rasa tak senang duduk selagi tak cuba. Berhari-hari jugaklah saya mencari masa untuk cari benda yang paling penting iaitu waffle maker. Akhirnya dapat beli kat Greentown Mall Ipoh. Actually benda ni 3 in 1. Bukan semata-mata boleh bakar waffle jek tapi boleh bakar roti and memanggang jugak. Just tukar piring dia je. Huhuhu...excited sangat-sangat nak buat bila sampai kat rumah. Resepi-resepi yang saya survey kat internet saya cuba salah satunya.

Sunday, April 28, 2013

Testing

Testing

Iron man 3

Assalamualaikum....

Kali ni entry saya pasal nak review cerita Iron Man 3. Cerita2 sebelum ni Iron Man 1 and 2 memang saya dah tengok so tak boleh la miss yang ke 3 kan. So excited tengok preview filem ni. Kebetulan 27hb april suami berkursus di Butterworth dan kami bermalam  di sana. Apa lagi...bagi mengisi malam2 kami kat sana, kami decide nak tengok wayang (favourite's family activity).  Beberapa kali tanya...kebanyakan tiket full. Yg ada kerusi depan sekali. Walaupun kami ni eager sangat nak tengok cerita ni tapi bab kerusi paling depan tu x sanggup la jugak nak beli....nanti mengurangkan keasyikan nak menghayati cerita tu.

So lastly kami dapat tiket pukul 12.45 tgh malam di tgv sunway mall. Pukul 12.30 malam kami dah sampai kat panggung. Punyalah ramainya org waktu tengah2 malam tu....dasyat betul penangan filem ni. Kaya la pengarah dan pelakon2nya kan.

Okey....filem pun start. Mata yang mengantuk terus dipujuk untuk bertahan sehingga habis cerita. Okey....dah habis tepat pukul 3 pagi. Kami semua bergegas keluar. Saya dan suami diam membisu sampai la masuk dalam kereta. Saya macam dah dapat agak apa yang bermain dalam fikiran dia. And maybe dia pun tahu apa yang saya fikirkan. And....it's true bila dia tanya saya " best ke??"

Dan saya apa lagi....jawablah macam ni.

" macam ada yang kurang kali ni. Saya berpendapat filem iron man kali ni macam kurang menarik. Saya x puas tengok sebab tak banyak aksi2 dan klimaks yang membuatkan kita tak senang duduk di kerusi macam cerita transformers ke....Die Hard 4 ke....sequel Born ke..... saya rasa macam hambar. Di permulaan cerita macama boring sikit sebab  banyak flashback punca iron man diserang. Banyak perbualan biasa.....sehinggakan saya ternanti2 bila nak lawan ni? Satu lagi....terlalu kurang aksi Tony Spark lawan guna baju besi dia sebab sistem asyik default jek. Kesimpulannya saya x dapat kepuasan bila tengok filem ni. Macam mana saya nak cakap ye....senang cerita x ada "wow effect" bila keluar dari panggung. Even cerita animasi The Croods pun sangat2 best dalam tema ceritanya. Bila keluar dari panggung suami x habis2 cakap cerita  animasi ni best....faham maksud saya kan. Cerita Iron Man ni kan memang dah kita faham penuh dengan kisah lawan2 yg sangat hebat dengan teknologi2 canggih yang Tony Stark design sendiri. So....startkan dari awal and make the audience rasa sangat WOW sepanjang cerita. Anyway.....bukan semuanya x best kan. Bila part lawan tu memang best la kan. Dengan robot2 yang canggih dan teknologi yg advance....I'm impressed. 

Okeylah....stop dulu psl Iron Man 3. Just to say....ni hanyalah pandangan dan ulasan saya sebagai penonton biasa dan saya bukanlah pakar atau pengkritik berpengalaman ya. Takut jugak kalau peminat fanatik Iron Man movie atau peminat Robert Downey marah pulak nanti sebab lain orang lain pandangannya kan. Macam kakak ipar saya...dia dah tengok dan dia suka sangat filem ni dan ulasan dia adalah "yang ke 3 ni adalah yg paling best dari yg sebelum2 ni".

So....What's say you?

IRON MAN 3

Friday, April 26, 2013

New gadget

Selama ni saya mmg tercari-cari gadget yang memudahkan untuk saya update blog sebab nak on kan laptop selalu memang malas. Saya pernah cuba update dengan blackberry tapi memang susah. Lepas tu beli samsung galaxy tablet sama jugak. Saya nak cuba update tapi susah sangat nak attach gambar. Yang terbaru saya guna samsung notes 2. Best sebab boleh download blogger application dan sangat senang nak update blog. Nak attach gambar sangat cepat dan selalunya x de masalah. I'm so happy dan harap2 tak de la masalah di masa hadapan. Satu lagi saya suka applicaton S Note. Sape2 yg kreatif boleh main2 dengan macam2 application yg menarik, boleh edit gambar dan boleh buat kad yang menarik menggunakam daya kreativiti sendiri. Saya attachkan contoh gambar yg saya buat....saya x la kreatif sangat tapi mmg best la benda2 ni semua.....

Thursday, April 25, 2013

Latest family member

Introducing.....Muhamad Syafi Anaqi. Anak saudara yang baru je lahir bulan 14 April 2013. Berat 3kg. Masa adik ipar lahirkan first  baby, Mia Sarah dia bersalin normal je. Tapi untuk yang ke 2 ni kena operate sebab doktor kata baby dah mula berak dalam perut. Tak kisahlah kan keluar kot mana pun asalkan dua2nya sihat dan selamat.  Baby sangat2 comel and of coz bila ada baby baru semua family sangat2 happy dan z sabar2 nak tengok.
Hmm.....menambahkan lagi kegembiraan kami apabila adik perempuan saya pulak didiagnois sakit yang sama. Sakit buatan orang lelaki....heheehe. insyaallah the newest baby akan lahir hujung tahun ni....
So congrats for adik saya Muhammad Isamudin dan adik perempuan saya Ismawati. Nampaknya cucu encik Ishak semakin bertambah sejak  pertambahan populasi terhenti selepas abang nazrin lahir tahun 2000 dulu.

Kuih buah melaka

Assalamualaikum kawan2....
Hari ni saya buat kuih buah melaka untuk minum petang. Ni antara kuih tradisional yang arwah mak saya selalu buat dulu. Adik beradik saya ramai perempuan, 4 orang semuanya. Walaupun saya anak nombor 2 tapi kakak saya duduk dengan opah di kampung sejak dia form 1. Jadi saya macam anak sulung la kat rumah dan adik2 lain kecik2 lagi. So....banyak kerja2 rumah saya la yang kena buat. Dan banyak juga la saya belajar pasal memasak ni dengan arwah mak....cuma rajin dengan tak rajin je la nak buat kan.
Okeylah, berbalik kepada kuih buah melaka ni, nak buatnya senang je. Tak payah nak bersukat beria-ia. Ramuan dia tepung pulut, air daun pandan, gula melaka, kelapa parut dan garam.
Tepung pulut tu bancuh dengan air pandan. Kalau tak de air pandan guna je la pewarna hijau dan perisa pandan. Bancuh sehingga tepung boleh dibentuk bulat2. Agak2 je la kan bila kita uli tu. Berhati-hati bila masukkan air dalam tepung sebab tepung pulut cepat menyerap air. Bila adunan dah sesuai, buat bulat2 kecil dan masukkan inti gula melaka di tengahnya. Bulat2kan semula dan pastikan gula ditutup sepenuhnya dengan tepung. Bila dah habis semua tepung tu, bolehlah kita masak.
Panaskan air dalam periuk. Bila air dah mendidih masukkan buah melaka tadi. Kuih ni boleh diangkat bila dia mula terapung. Bila dah terapung, angkat guna tapis dan masukkan dalam kepala parut yang dah digaulkan dengan sedikit garam. Taraaa.....dah siap. Senang kan. So kat bawah ni saya kongsikan gambar2 ye baru ceria sikitkan nak baca entry ni.