Selama ni saya mmg tercari-cari gadget yang memudahkan untuk saya update blog sebab nak on kan laptop selalu memang malas. Saya pernah cuba update dengan blackberry tapi memang susah. Lepas tu beli samsung galaxy tablet sama jugak. Saya nak cuba update tapi susah sangat nak attach gambar. Yang terbaru saya guna samsung notes 2. Best sebab boleh download blogger application dan sangat senang nak update blog. Nak attach gambar sangat cepat dan selalunya x de masalah. I'm so happy dan harap2 tak de la masalah di masa hadapan. Satu lagi saya suka applicaton S Note. Sape2 yg kreatif boleh main2 dengan macam2 application yg menarik, boleh edit gambar dan boleh buat kad yang menarik menggunakam daya kreativiti sendiri. Saya attachkan contoh gambar yg saya buat....saya x la kreatif sangat tapi mmg best la benda2 ni semua.....
Tempat saya berkongsi idea saya sebagai seorang penulis, juga sembang2 pasal aktiviti harian saya. Jika berminat membeli karya/novel Aini Marisha, boleh hubungi saya di facebook atau e-mail ke ainimarisha@yahoo.com. "Sentiasa berfikiran positif.....dan fikirkan BOLEH"
Friday, April 26, 2013
Thursday, April 25, 2013
Latest family member
Introducing.....Muhamad Syafi Anaqi. Anak saudara yang baru je lahir bulan 14 April 2013. Berat 3kg. Masa adik ipar lahirkan first baby, Mia Sarah dia bersalin normal je. Tapi untuk yang ke 2 ni kena operate sebab doktor kata baby dah mula berak dalam perut. Tak kisahlah kan keluar kot mana pun asalkan dua2nya sihat dan selamat. Baby sangat2 comel and of coz bila ada baby baru semua family sangat2 happy dan z sabar2 nak tengok.
Hmm.....menambahkan lagi kegembiraan kami apabila adik perempuan saya pulak didiagnois sakit yang sama. Sakit buatan orang lelaki....heheehe. insyaallah the newest baby akan lahir hujung tahun ni....
So congrats for adik saya Muhammad Isamudin dan adik perempuan saya Ismawati. Nampaknya cucu encik Ishak semakin bertambah sejak pertambahan populasi terhenti selepas abang nazrin lahir tahun 2000 dulu.
Kuih buah melaka
Assalamualaikum kawan2....
Hari ni saya buat kuih buah melaka untuk minum petang. Ni antara kuih tradisional yang arwah mak saya selalu buat dulu. Adik beradik saya ramai perempuan, 4 orang semuanya. Walaupun saya anak nombor 2 tapi kakak saya duduk dengan opah di kampung sejak dia form 1. Jadi saya macam anak sulung la kat rumah dan adik2 lain kecik2 lagi. So....banyak kerja2 rumah saya la yang kena buat. Dan banyak juga la saya belajar pasal memasak ni dengan arwah mak....cuma rajin dengan tak rajin je la nak buat kan.
Okeylah, berbalik kepada kuih buah melaka ni, nak buatnya senang je. Tak payah nak bersukat beria-ia. Ramuan dia tepung pulut, air daun pandan, gula melaka, kelapa parut dan garam.
Tepung pulut tu bancuh dengan air pandan. Kalau tak de air pandan guna je la pewarna hijau dan perisa pandan. Bancuh sehingga tepung boleh dibentuk bulat2. Agak2 je la kan bila kita uli tu. Berhati-hati bila masukkan air dalam tepung sebab tepung pulut cepat menyerap air. Bila adunan dah sesuai, buat bulat2 kecil dan masukkan inti gula melaka di tengahnya. Bulat2kan semula dan pastikan gula ditutup sepenuhnya dengan tepung. Bila dah habis semua tepung tu, bolehlah kita masak.
Panaskan air dalam periuk. Bila air dah mendidih masukkan buah melaka tadi. Kuih ni boleh diangkat bila dia mula terapung. Bila dah terapung, angkat guna tapis dan masukkan dalam kepala parut yang dah digaulkan dengan sedikit garam. Taraaa.....dah siap. Senang kan. So kat bawah ni saya kongsikan gambar2 ye baru ceria sikitkan nak baca entry ni.
Panaskan air dalam periuk. Bila air dah mendidih masukkan buah melaka tadi. Kuih ni boleh diangkat bila dia mula terapung. Bila dah terapung, angkat guna tapis dan masukkan dalam kepala parut yang dah digaulkan dengan sedikit garam. Taraaa.....dah siap. Senang kan. So kat bawah ni saya kongsikan gambar2 ye baru ceria sikitkan nak baca entry ni.
Wednesday, April 24, 2013
Chocolate souffle
Assalamualaikum semua....
Minggu lepas saya buat chocolate souffle lagi. Actually dah 3 kali saya buat tapi asyik lupa je nak tulis dalam blog. Kadang2 gambar hilang la, dah habis makan and x sempat ambik gambar la...macam2 la alasan kan. Ok, kali ni saya berjaya postkan entry psl masak soufle ni. Saya sekeluarga suka souffle ni sebab lembut and penuh rasa coklat. Actually nak buat pun senang. Resepi yang saya ikut saya ambik dari website masakan ni .
Untuk senang, saya dah ambik gambar resepi tu dan attachkan kat sini. Gambar soufle ug cantik tu dari website tu dan yg comot tu yg saya buat......nama bekas tu org panggil ramekins. Dibuat dari tembikar sbb tahan panas. Actually ramekins tu yg warna putih tu je. Yg bekas besar gedabak tu saya guna sebab dah x cukup bekas. Dari kajian saya, kalau bancuhan lebih, carilah mana2 bekas yg dibuat dari tembikar dan boleh guna untuk masak souffle ni ye....tp make sure Chef Ramsay x nampak ye. Kalau nampak habisla kena maki hamun....
What a day
Assalamualaikum semua,
Hari ni saya lepak2 kat rumah sebab minggu ni tak ada kelas. Cuma semalam je saya terpaksa pergi ke uitm sebab ada discussion dengan member group untuk siapkan assignment sebab start minggu depan dah kena prepare untuk presentation.
What a day kan.....saya menempuh perjalanan lebih kurang 2 jam setengah to make sure that I give commitment untuk grup. Pukul 11 pg saya sampai di shah alam, kami buat discussion sampai pukul 5.30 ptg di library. Skip lunch sebab malas nak keluar dan area2 library pun x de kedai makan. Lapik perut dengan air mineral dan biskut chipsmore je. Nasib baik la perut x mengada2 nak mintak nasi.
So..akhirnya kita stop at 5.30 pm, saya pun rush balik Ipoh. Tahu2 je la kalau memandu time2 macam ni kan. Dengan keadaan cuaca hujan dan masa orang berpusu-pusu keluar lepas habis kerja, jalan memang jem. Dekat 1 jam lebih baru saya sampai ke persimpangan ke sungai buloh. Badan sakit2....perut lapar, mata mengantuk. Alhamdulillah ALLAH memudahkan perjalanan saya dan akhirnya saya selamat sampai pukul 8.30 malam. Kesimpulannya....kalau kita keluar dari rumah dengan niat yang baik, insyaallah ALLAH akan membantu dan memudahkan urusan kita. Adios dulu......
Monday, April 22, 2013
Kelas cuti
Ehem.....ni la yang paling best bila jadi student balik. Minggu ni kelas cuti seminggu. Minggu lepas pulak kelas banyak cancel. So...boleh dikatakan lebih kurang 2 minggu la saya lepak2 kat rumah. Anddd..... untuk tambahkan jeles korang yang tengah kerja semua, hujung bulan 5 ni, universiti cuti seminggu lagi and alhamdulillah sama dengan minggu pertama cuti sekolah. So dapatlah kami planning untuk cuti2 Malaysia. Tempahan actually dah pun dibuat. Insyaallah jika tiada aral, kami akan bercuti ke pulau tioman untuk pakej 3 hari 2 malam. Pulau, pantai, laut....adalah antara tempat percutian yang kami sekeluarga suka pergi. Before this, kami dah pergi ke pulau perhentian. Pantai dan lautnya cantik sangat2. Airnya sangat jernih dan kami sangat enjoy dengan peemandangan yang sangat memukau.
Satu lagi tempat menarik yang anda semua boleh kunjungi adalah Pulau Payar. Pulau ni sangat sesuai untuk pergi snorkelling. Kami sekeluarga pergi tahun lepas dari Pulau Pinang. Kami tidur di hotel Traders dan awal2 pagi naik feri dari pelabuhan port swettenham. Kami bayar rm200 untuk pakej sehari di pulau payar termasuk tambang feri pergi balik, makan tengahari dan peralatan snorkeling. Feri berhentikan kami di sebuah pelantar terapung dan kat situlah aktiviti kami seharian. Kami snorkeling dan sangat teruja lihat ikan yang sangat banyak berbanding kalau kita snorkeling di tepi2 pantai saja. Pakej Pulau Payar ni pun banyak ditawarkan kalau anda pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Kalau dari Langkawi, jarak perjalanan feri lebih dekat iaitu dalam 45 minit manakala dari Pulau Pinang dalam 2 jam.
So, kalau anda semua juga peminat aktiviti snorkeling, bolehlah pertimbangkan pulau2 yang saya ceritakan.
Testing
Assalamualaikum.....dah lama x update blog kan. Sebab malas nak on laptop. So, bila dah beli telefon baru, senang nak update guna phone jek. Hopefully, anything happen saya senang update kat sini.
Gambar kat bwh ni x de kena mengena dgn entry ni ye....just gatal2 tangan je. Okeylah, chow dulu. Ni intro jek. Lain kali sembang lagi ye.
Subscribe to:
Posts (Atom)
