Tempat saya berkongsi idea saya sebagai seorang penulis, juga sembang2 pasal aktiviti harian saya. Jika berminat membeli karya/novel Aini Marisha, boleh hubungi saya di facebook atau e-mail ke ainimarisha@yahoo.com. "Sentiasa berfikiran positif.....dan fikirkan BOLEH"
Saturday, September 28, 2013
Cerita tentang menjadi penulis
Tuesday, September 17, 2013
bab 5 : Akukah yang Ego
Sunday, September 15, 2013
Entry with no title
Hahahaa...boleh pulak macam tu kan. Entry with no title. Masa tulis post ni, dah pukul 11.20 malam dah pun. Sepanjang minggu ni tak ada la cerita2 menarik yang nak dikongsi2kan. Cuma kami sedang menghitung hari untuk suami yang akan berangkat ke Mekah kerana terpilih sebagai petugas haji tahun ni. Subhanallah. ...rezeki kan. Kalau dah sampai seruNya dapatlah kita menjadi tetamuNya. Macam suami ni memang tak disangka2 kan. Seronoknya dapat peluang macam ni sebab kita tahu bukan senang nak dapat menunaikan haji dengan cara percuma macam ni. Saya sangat2 cemburu sebab saya tak dapat pergi sekali. Doa saya semoga suatu hari nanti ALLAH s.w.t menjemput pula saya ke rumahNya dalam keadaan saya masih sihat dan kuat utk melakukan amal ibadah di sana. Aminnn....
Thursday, September 12, 2013
Projek menjahit jubah
Assalamualaikum. ...
Alhamdulillah kerana cuti belajar ni memberikan saya banyak peluang utk saya explore kebolehan diri sendiri. Setelah berminggu2 bergurukan video2 di you tube dan mengintai2 rumah blogger yg pandai menjahit dan tak kekok ilmu utk berkongsi cara menjahit, akhirnya jubah saya yg pertama siap jugak. Harap2 cikgu2 online saya halalkan ilmu2 yang mereka beri ya. Susah jugak rupanya nak menjahit ni. Tapi alah bisa tegal biasakan... (betul ke peribahasa ni)...hehehee. Jubah ni cutting umbrella atau A cut. Saya mmg suka jubah mcm ni. Nampak cantik terbuai bila kita melangkah. Siapa kata kalau pakai pakaian menutup aurat tak menarik? Pakai jubah, menutup aurat yg penting dpt redha ALLAH s.w.t. itu yg paling utama kan. Sama2lah kita berhijrah ke arah kebaikan...perbaiki diri utk menjadi insan yang lebih baik dan bukan semakin mundur ke belakang ya.
Okey, itu saja entry utk kali ini. Salam sayang buat kawan2 semua....Assalamualaikum. ...
Tuesday, September 3, 2013
Perjumpaan Penulis-Penulis Grup Buku Karangkraf

Assalamualaikum semua....
Perjumpaan ni actually dah pun berlaku beberapa hari yang lepas iaitu pada 31hb Ogos 2013 bersamaan dengan hari kemerdekaan negara yang ke 56. Sebelum pihak Karangkraf nak confirmkan tarikh perjumpaan memang pening jugak lah pihak penganjur sebab bukan senang ya nak kumpulkan semua penulis mereka dalam satu masa. Ada yang boleh datang, ada yang tak boleh. Ada yang mintak tarikh lain...dan akhirnya nasib baik jadi jugak pada 31hb Ogos tu sebab kalaulah penganjur pilih tarikh 7hb September mesti saya tak dapat nak join majlis tu.
Seronok dapat jumpa rakan-rakan penulis sebab sebelum ni kami hanya mengetahui perkembangan aktiviti menulis masing-masing melalui facebook, blog dan grup novelis alaf sahaja. Sebenarnya lama jugak perjumpaan seperti ni tak dibuat. Seingat saya sejak saya jadi penulis dengan alaf, ada 2 kali kot dan dah lama dah perjumpaan macam ni pernah dibuat.
Berkenaan dengan perjumpaan ni, bukan sahaja saya rasa seronok sebab dapat berjumpa dengan rakan penulis lain, tetapi kesronokan juga bertambah kerana dapat mendengar taklimat daripada CEO Grup Karangkraf dan pegawai-pegawai yang lain seperti Puan Firdaus, Puan Sri Diah dan pegawai2 bertanggungjawab dalam bidang masing2 seperti bahagian jualan dan promosi serta royalti.
Di sini saya jugak nak mengambil peluang untuk berkongsi sedikit sebanyak info yang saya perolehi sepanjang majlis tersebut. Saya cukup tertarik dengan ucapan yang diberikan oleh CEO iaitu Tuan Haji Hussamuddin yang mana kata2 beliau membuatkan saya rasa semakin bersemangat untuk menulis dan juga rasa sangat bersyukur kerana memilih ALaf 21 sebagai syarikat yang menerbitkan novel saya. Alhamdulillah.....
Antara sebab kenapa saya rasa bersyukur adalah:
1. Pihak Alaf 21 amat mengambil berat tentang isi kandungan novel yang ditulis. Walaupun mereka adalah peniaga dan pasti mahukan keuntungan dalam perniagaan mereka namun mereka tidak akan mengambil mudah berkenaan isu atau unnsur lucah dalam mana2 novel yang mereka terbitkan. Benda yang baik selalunya akan kekal lama.....
2. Tuan Haji juga memaklumkan bahawa penulis juga boleh berdakwah melalui penulisan. Oleh itu penulis perlulah menyampaikan perkara-perkara yang baik kepada pembaca. Jika pembaca yang membaca tiba-tiba berubah menjadi baik, sudah pastilah penulis akan mendapat pahala atas buku yang ditulis. Ini adalah simpanan dan saham buat penulis di akhirat nanti.
3. Kita hendak berjaya di dunia dan pada masa yang sama nak masuk syurga.
4. Grup Buku Karangkraf adalah satu2nya syarikat swasta yang mempunyai surau di dalam kawasan mereka dan diiktiraf untuk boleh mendirikan solat Jumaat di situ.
5. Perniagaan mereka adalah berlandaskan syariah.....mereka telus dalam setiap urusan perniagaan antara syarikat dan penulis. Royalti penulis dibayar 4 kali setahun.
6. Mereka berusaha keras untuk mempromosikan buku penulis2 mereka.
7. Grup Buku Karangkraf telah melangkah ke hadapan lagi dengan menerbitkan Al-Quran dan terjemahan2 Al-Quran.
8. Mereka tidak berat sebelah dan cuba bersikap seadil mungkin kepada setiap penulis mereka di Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari.
Setakat ni, perkara2 di atas adalah yang saya dapat ingat semula hasil pertemuan penulis2 yang lepas. Doa saya semoga ALLAH (s.w.t) memberkati usaha murni pihak penerbit. Saya juga berdoa semoga ALLAH (s.w.t) menerima usaha saya untuk menyampaikan kebaikan melalui penulisan. Hanya ini sahaja yang dapat saya sumbangkan sebagai bekalan saya di akhirat nanti.
![]() |
Puan Sri Diah - orang kuat Alaf 21 |
![]() |
Tuan Haji Hussamuddin- CEO |
Manuskrip Baru...
Salam 1 Malaysia. Apa khabar? Anda sihat?....Hehehhe.....ini adalah ayat yang selalu anak saya ucapkan bila balik dari sekolah. Agaknya ini adalah ucapan-ucapan yang cikgu-cikgu kat sekolah selalu ucapkan jugak kot. Tapi sweet kan......benda yang baik eloklah kita kongsi2 kan...kan kan.
Okeylah. Entry kali ni saya nak share pasal manuskrip baru saya. Kalau anda ada baca posting saya sebelum ni, saya ada bagitahu yang manukrip saya yang terbaru dah siapkan. Saya pun dah pos kan ke Alaf dah pun. So...saya nak kongsi sikit2 la pasal cerita baru saya ni. Sinopsis dia lebih kurang macam ni ya: